BLOG KE-2 - WEDDING

Sunday, January 2, 2011

..::Cik Cookie & New Year::..


Salam pagi Ahad semua..macamna Tahun Baru?
Azamnya?Niatnya?Cik Cookie macam biasa hampi azam Cik Cookie ada yang jenis evergreen.
Sentiasa ada setiap tahun iaitu KURUS..
Azam atau niat untuk tahun ni mesti ada bab KURUS nih.
Kalau tak tak meriah azam tahun baru Cik Cookie.
Pendek kata kena renew tiap-tiap tahun macam roadtax ngan lesen.
Kalau tak mau dari saiz keta kancil bertukar kepada Viva.
Pastu upgrade skit jadi MyVi.
Jenuhlaa nak repair.Makan bulan.Silap haribulan makan tahun.
Adeiiii....
Apapun Cik Cookie harap tahun nih bawak sinar dalam hidup Cik Cookie.
Sekurang-kurangnya 70% menjadi.Target kena ada kan?
Macam nak score untuk exam lak.Hehehehe..
Kepada blogger-blogger di luar sana Cik Cookie ucapkan tahniah kepada yang mana tercapai azamnya tahun lepas.Yang mana nak sambung belajar tuh cepat-cepat laa rebut peluang.Cik Cookie pun ada niat.Yang mana habis belajar semoga dapat keja tahun nih,yang mana dah kahwin, Cik Cookie ucapkan tahniah sebab berjaya mendirikan masjid.Yang mana belum kahwin tapi ada perancangan ke arah tuh berusaha laa---->i laaa tuh berangan nak kawin tak abis.Yang mana tak dapat baby tahun lepas,tahun ni berusaha lagi.Ada laa sebab kenapa Allah tak berikan kita zuriat.Mungkin kita tak bersedia sepenuhnya dari segi mental and fizikal.
Semoga ada semua berjaya melaluin tahun 2011 dengan jayanya.
Dan Selamat Tahun Baru...