BLOG KE-2 - WEDDING

Friday, March 5, 2010

Cik Cookie = Shipment in Transit::..

Shipment in transit...Good.
Tak kena tax, tak kena timbang, xde sabotage, tak dibawa angin.
Imigresen pun tak check.
Harap-harap selamat sampai sebab tiap-tiap hari hantar.
Ada 2 session iaitu pagi.Subuh pagi dan malam nak tido.
Taknah kena tahan pun. Kalau kena, paling lama 1jam.
Then cepat-cepat dia reply.
Sure sampai sebab ada tolong hantarkan pakai courier lagi cepat dari Nationwide.
Harap selamat terima takde retak-retak.

..::Cik Cookie Sharing Her Love::..


Fuhhhh...Harap sampai pada dia.
Kalau tak sampai gak, ada orang boleh hantar terus tak ke sana?
Harap-harap tak kena tax.

Tuesday, March 2, 2010

..::Cik Cookie = Are we live happily ever after?::..


Lately Kuala Lumpur panas sangat.Sangat panas.Global warming yang sedang hangat diperkatakan sekarang selain kisah dera yang menyayat hati.
Dan kerana global warming Cik Cookie sempat tgk The Making of Hot Summer Day.
Best ahh cita cina tuh.Harus tgk kan.Cita cinta musim panas.
Sekarang xmo preview cita tuh tapi nak cita pasal apa yang Cik Cookie dengar radio pagi nih ms g kerja. Xtau radio apa sebab Cik Cookie memang susah sgt nak dengar radio bahasa Melayu. Bukan berlagak tapi memang radio bahasa kebangsaan susah nak dekat di hati.
Jujur ok..

Station nih macam ada tazkirah laa pagi.Ada seorang ustaz akan dijemput untuk pagi tazkirah.Tajuk hari nih pasal "Adakah cinta (perkahwinan) itu jodohnya sehidup semati?". Lebih kurang macam tuh laa. Ustaz tu cakap sejauh mana pun keinginan kita untuk hidup bersama ngn pasangan akan terpisah jua dengan kematian samada kita pergi dulu atau pasangan kita dulu.

Macam kisah Rasulullah dan Siti Aisyah sewaktu mereka bermesra satu hari.
Siti Aisyah membaringkan kepalanya pada riba Rasulullah S.A.W membelai isterinya sampai tertido. Dan Siti Aisyah yang memang dikenali dengan isteri penyanyang mengambilalih tempat Rasulullah dan memangku Rasulullah kembali.

Saat tu Siti Aisyah terfikir adakah dia akan bersama Rasulullah bila di alam lain nanti. Dan jika di dunia nih dia dikira beruntung kerana menjadi isteri kesayangan Rasulullah dan isteri yang muda yang disayangi adakah nikmat ini akan bersama Rasulullah selepas ini.Sedangkan kita semua tahu Siti Aisyah memang telah dijanjikan syurga oleh-Nya.

Sampai menitis airmata Siti Aisyah mengenangkan apa yang berlaku akan datang dan airmata tuh jatuh tepat ke muka Rasulullah sehingga baginda tersedar dan bertanya apa yg berlaku kepada kekasih hati baginda itu.

Sampai situ je Cik Cookie dengar sebab dah sampai opis.Kisah nih menyebabkan Cik Cookie terfikir mengenai pasangan hidup kita.Apakah perkara yang diucapkan sebelum perkahwinan atau satu ikatan tuh ditunaikan selepas sebuah ikatan tuh disahkan? Apakah ikrar yang kita lafazkan betul-betul ikrar yang akan kita lunaskan?

Ini kerana perkahwinan pada waktu ini banyak berlandaskan tuntutan nafsu dan kehendak batin sahaja serta menutup pandangan masyarakat luar mengenai siapa kita. Akhirnya kisah perkahwinan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan itu berakhir dengan lafaz cerai.

Cik Cookie tak pernah fikir sejauh ini kerana setiap hari Cik Cookie selalu menganggap perhubungan itu harus berakhir dengan kegembiraan seperti kisah Cinderelaa - they live happily ever after. Sedangkan perkahwinan itu menuntut kita berusaha kearah kebahagian dan kemakmuran dalam institusi itu dimana kita akan melengkapi kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Menjadi contoh terbaik di mata anak-anak.

Kalau kisah Rasulullah S.A.W ngn Siti Aisyah tuh ada sedikit salah Cik Cookie memohon maaf sebab dengar sambil drive.Kira ok la dari DRINK and DRIVE kan??