Salam 1 Malaysia buat warga blogger yang Cik Cookie sayang.
Dah lama sangat tak update blog,rasa macam tak adil laa kan tinggal blog macam tu je. Time meroyan nak blogging kemain lagi segala isu disentuh dan disebutkan., Time malas, eh bukan malas tapi tiada idea atau cerita yang nak di kongsi be
rsama. Lagipun sangat busy sekarang. Banyak keja nak settle sejak 6bulan terakhir tahun 2010 nih..Nak pitam rasanya tiap kali balik kerja. Banyak benda kena settle.Kadang-kadang keja belum selesai dah gedebuk segunung fail lain kena check.Letihnya.....
Cik Cookie sekarang sangat sihat dan bahagia ngan hidup.Dari segi kerja yang taknah putus dan belajar benda baru, kawan-kawan yang best, buku-
buku yang terbaru Cik Cookie beli dan family yang sangat supportive.Semua tuh mendorong Cik Cookie jalani hidup dengan serba sempurna walaupun tidak 100%.Korang macamna?Ada benda nak share tak ngan Cik Cookie?Boleh email Cik Cookie cookiedevine83@yahoo.com untuk kes "sharing is caring".
Sekarang Cik Cookie nak share cerita ngan korang.Harap dapat bagi feedback yea.
Kalau korang kenal orang nih yang telah melewati kes-kes
yang traumatic dalam hidup dia seperti putus cinta yang amat meninggalkan kesan atau kes cerai hidup atau mati dan dia cuba mencari cinta baru
dalam hidup dia dan orang itu adalah kita antara orang yang dia suka dan sayang.Bila disebut antara orang yang dia suka maksudnya dia ada pilihan yang lain selain dari kita.Apa harus korang lakukan???
Mungkin ceritanya biasa-biasa kita dengar tapi jalan cerita mungkin berbeza mengikut pemahaman masing-masing.Ceritanya sangat mudah, dia telah mengenali wanita nih selama 4tahun tanpa melihat wajah dan fizikalnya.Hanya melalui panggilan telefon atau sms atau mms.Lelaki ini amat menyukai wanita ini kerana rutin hidup yang biasa-biasa memenuhi kehendaknya sebagai surirumah seperti bangun pagi-pagi menyediakan sarapan untuk keluarga, mencari rezeki melalui perniagaan kuih yang dile
takkan di sekolah serta membuka kedai runcit juga dirumah.Seorang wanita yang sangat cantik,lembut dan bersopan serta manja di matanya sebagai seorang lelaki mengikut pemahaman Cik Cookie. Dari segi pergaulan jarang berada di bandar dan hanya ke sana bila keadaan yang memerlukan.Mungkin dia adalah wanita yang Cik Cookie kira sangat bersih dari segi pergaulan dan pemikiran.
Walaupun bagaimanapun wanita ini amat susah untuk dihubungi.Dalam 2minggu hingga sebulan hanya sekali dapat dihubungi dan ianya berlanjutan ke tahun ke-4. Namun lelaki ini masih menaruh harapan agar dia adalah wanita yang dia inginkan walaupun kisah hidup,perangai,kelakuan dan penampilan wanita ini dia tidak ketahui secara berdepan,cukup melalui telefon di mana hanya jarang-jarang dapat dihubungi.Pelik kan tap
i tidak mustahil.Cinta dan sayang itu gila tanpa mengenal batas waktu.Sehingga suatu masa wanita ini semakin sukar dihubungi tetapi lelaki ini masih mengharap agar dia muncul satu hari nanti.
Ditakdirkan muncul wanita yang baru dalam hidup lelaki ini disaat yang pertama tadi tidak dapat dihubungi.Cik Cookie gunakan wanita baru nih adalah B.Si B sangat menonjol dari semua segi.Mudah mesra,sorang yang caring,romantik,menyokong lelaki ini dari belakang,mudah ngam dalam apa jua keadaan tanpa mengira status atau usia dan sangat teruja untu
k mencuba sesuatu yang baru dan begitu berdikari dalam semua hal dan yang paling penting sentiasa ada untuk lelaki ini dalam senang atau susah.Mereka ditemukan melalui adik kepada lelaki ini.Dalam masa yang singkat keluarga lelaki ini mengenali Si B dan Si B tiada masalah untuk bergaul dengan keluarga lelaki ini malah keluarga kawan-kawan baik lelaki ini juga menyenangi Si B.
Jadi segalanya bermula-mula dalam keadaan baik.Lancar dan tiada masalah.Segala aktiviti dilakukan bersama.Berjalan ke rumah saudara mara malah berkunjung ke rumah kawan baik lelaki ini.Almaklumlaa Si B nih yang Cik Cookie kira sangat flexible untuk semua keadaan.
Dan rasanya dari segi perkembangan dunia semasa Si B nih boleh dikira up to date laa orangnya.Orangnya boelh di bawa ke tepi ketengah.Tiada masalah dalam pergaulan.
Ditakdirkan satu hari, muncul wanita yang pertama tadi dengan menghubungi lelaki berkenaan melalui sistem pesanan ringkas ataupun sms laa wehh.. "SAYA SAYANGKAN AWAK TAPI SAYA TIDAK TAU MACAMANA NAK TUNJUKKAN".Yang lelaki nih memang megharapkan kehadiran wanita yang pertama tadi dan dalam masa yang sama menyayangi wanita Si B.Dengan kata lain "di sana sayang,di sini pun sayang".
Kalau korang laa,macamana nak buat.Patut ke lelaki nih bersama wanita yang pertama tadi?Dan wajarkah Si B meneruskan hubungannya lelaki tadi?Dan wanita pertama tadi patutkah dia terus bersama lelaki tadi walaupun dalam masa yang sama dia telah tahu lelaki ni ada Si B?
Cik Cookie pun tiada jawapan untuk semua nih bila kita tahu jalan ceritanya.Soalan yang sangat senang tapi sukar untuk mencari jawapan.
17 comments:
susahnyer nk cari jawapan...., sbb melibatkan 3 insan..., erm...
my note,
tulaa kan..hak ada pada lelaki tuh untuk buat pilihan.
susah2...
♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
senangkan ia...
CC selamat kembali.Selamat tahun baru 1432H.
Selamat menulis,
selamat mengomen,
selamat segala-gala insyaAllah.
so apa kesudahan citer ni pejey/:-p..hehehe
abu muaz a.k.a ayah,
terima kasih.semoga semuanya selamat untuk keluarga di sana..
J.M.R,
aku pun dok tunggu gak episode seterusnya..haihh..macam La Usupadora...
jgnlah tggl blog lama2..rindu aiii hehehehe
sibuk2 pun amek lah ms berblog ye dok...
el,
busy sangat.nak makan ngn bercinta pun xde masa..
el,
busy sangat.nak makan ngn bercinta pun xde masa..
el,
busy sangat.nak makan ngn bercinta pun xde masa..
...Cik Cookie, I'm OK..!
pertama : yang lelaki kena mengaku pada diri dia sendiri yang memang dia suka yang pertama tu. takleh nafikan.
kedua : lepas tu, barulah lelaki tu cari motivasi dan rasional kenapa dia tak boleh kembali kepada wanita pertama tu tak kira secinta maut mana pun dia.
ketiga : lelaki ni bagitau perempuan tadi yang dia sudah berkahwin dan tidak mahu sebarang hubungan walaupun dia tau dia masih ada sisa sayang yang amat (ceewah) atas dasar mengormati isterinya dan menghargai hubungan keluarga dan sebagainya.
keempat : lelaki ini sila fokus kepada kebahagiaan yang ada di depan mata daipada menyerabutka otak nak jadi tamak.
sekian.
heheheh
yohteh,
what kind of ok nih?
hehehe...
Jane,
wowww..i suka semua komen tuh.akan di forward kepada yang berkenaan.harap tiada kes yang di kejar tak dapat yang dikendong berciciran...
ya betul tu darling....
heheh...
Post a Comment