BLOG KE-2 - WEDDING

Monday, June 27, 2011

Full

Salam dan selamat pagi semua.
Hari nih free skit, boleh laa duduk-duduk nak cerita skit tapi tak banyak pun apa yang dilalui 2, 3minggu ni.
Bermula ngan cuti balik kampung 2minggu lepas men
gantar kain untuk langsir mummy, sambil beli barang keperluan nak raya.
Raya wehhh...Cik Cookie suka.
Walaupun badan tak sihat masa cuti, acara di kampung tetap berjalan macam biasa.
Makan-makan,jalan-jalan dan bawak GG (Great Grandma) g medical
check-up pada masa yang sama Cik Cookie di"check-up" sekali sebab URTI.Dapat mc 1 hari.
Jadi cuti bertambah lagi 1hari.
Suka dalam sengsara.
Kali nih balik kampung berdua, dengan alasan "saya risau awa
k drive 6jam sorang-sorang balik kampung".
Selama nih ok je balik sorang.
Haihhh...susah juga rupanya kalau belajar nak hidup berdua.
Lepas cuti balik kampung, minggu lepas menghala ke Parit, Perak dengan jemputan kenduri tahlil keluarga angkat.
Jadi pada masa yang sama bila dah ke Perak namanya,
terjadi laaa edisi menyelam sambil minum.
Wat balik durian penuh seat belakang.
Jadi perjalanan balik ke KL selama 3jam sangat laa seksa ngan bau durian.
Sedap tapi merana.
Malam tadi dapat pulak jemputan dari kawan dia ajak makan-makan .
Letih balik dari Perak tak abih terus ke Selayang.
Rupanya dia dah pakat ngan kawan dia nak wat kejut-kejutan ngan Cik Cookie.
Hari jadi aku lambat lagi ok.
Nak tau apa?
Cik Cookie dapat anak kucing yang memang dah lama Cik Cookie nak.
Hari tuh dah tengok kat WangsaWalk.
Scottish Fold.
Umur baru 4 bulan dan baru sekali vaksin.
Harga RM3390.00.
Pitam...Itu pun selepas mintak kurang..
Yang Cik Cookie dapat nih Black and White Persian Cat.
Umur 3bulan. Harga dia tak nak bagitau tapi kalau tengok hari tuh rm1390.
Vaksin belum lagi...
Walaupun bukan Scottish tetapi tetap
Kucing yang comel.
Gambar akan di upload kemudia dengan alasan camera tak bawak dan bateri tepon tak ado.
Lebih kurang macam nih

Setelah berbincang malam tadi, hari Rabu baru boleh bawa
balik sebab pasir,makanan dan tempat nak tido-tidoran takde walaupun dalam hati terus nak bawa balik.
Nama dah pun bagi malam tadi iaitu JoJo sebab dia jantan.
Yeayyy,dapat partner nak tido.
Heheheheh....
Sekarang Cik Cookie start balik yoga yang Cik Cookie lama tinggalkan.
susahnya nak buat sebab saiz badan macam belon yang dah tak boleh nak tiup.
PADAT...





Friday, June 3, 2011

Cik Cookie & Dandelion Wish

Miss him....

Thursday, June 2, 2011

Cik Cookie :: Time Flies

Salam dan selamat pagi.
Tetiba rajin plak nak update blog.
Saje nak pot pet pot pet.
Hahahaha...boleh tak macam tuh?
Since hari nih tak sibuk sebab Datuk masuk lambat jadi Cik Cookie amik kesempatan yang ada nak bercerita skit.
Jangan marah bos.
Kerja didahulukan, yang lain orang kata just sonok-sonok je.
Korang perasan tak sekarang masa cepat je berlalu.
Rasa tido jap je, tiba hari dah cerah, azan subuh dah sayup bunyi.
Belum lagi selesai keja waktu pagi, dah tiba masa nak lunch.
Rasa macam tak sampai sejam.
Macamana ngan amalan Cik Cookie.
Cukup tak nak wat bekal dengan masa yang makin suntuk.
Haihhh......


Wednesday, June 1, 2011

...::Realms of Constant Change::...

Wahhhh,lamanya tak update blog.rasa macam dah jauh ketinggalan.
Macam diri dok zaman batu.Ngan tenet problem,lappy macam siput sedut.
Kejap boleh on pastu diam lama.
Kena panaskan macam enjin keta.aduh,duhh.....
Tahun nih Cik Cookie sangat sibuk.Sampai nak update blog pun rasa macam takde masa tapi nak nengok wayang ok je.Hehehe..Tapi mesti kena amik midnite.
Kalau siang atau seawal jam 9 malam memang tak dapat laa.
Balik keja macam dah nak pengsan.
Jadi langkah terbaik cas dulu battery yang tak ado.Sedar-sedar dah nak Magrib.
Sungguh sopan Cik Cookie sebagai anak dara tidur remang senja.Tapi jarang-jarang ok.
Itu pun sebab terlampau penat.
Lately keja tengok wayang je kalau ada masa free.Latest tengok Karak yang cita macam haprak.
Bosan je..Sepuluh minit pertama dah panas punggung nak kuar.
Menyesal tak sudah sebab tak amik KungFu Panda.
Nasihat Cik Cookie baik jangan sokong film tempatan.
Hahaha...gila keji jahat Cik Cookie tapi nak buat macamana.Rata-rata cita hantu orang kita fail melainkan cita Hantu Kak Limah yang kira ok skit...Betul ke hantu Kak Limah.Lantaklaaa..
Yang terbaru ni cita toyol plak.Harap-harap jangan laa macam cita DILARANG MASUK yang menyebabkan Cik Cookie kuar wayang.last-last g makan ayam lekit belakang RISDA.
Kadang-kadang rasa rugi pun ada bila tengok cita tempatan sebab niat kita nak menyokong tapi pulangannya sangat mengecewakan.
Takyah laa kita cita tentang muvee-muvee nih sebab lain orang lain pendapatnya.
Ke korang rasa macamna?
Sekarang hidup Cik Cookie simple sangat.Gi keja,balik keja,kuar makan.
Bila free wat benda yang rasa nak buat.Kalau kawan datang g ngedate jap..Then balik tido.Hahaha...sekarang dengan berat badan mengalahkan terlebih gandum serta gelaran manja diberikan "Polar Bear" adalah bersesuaian ngan keadaan Cik Cookie yang makan macam tak pernah cukup.Mula-mula di panggil kucing montel.2minggu lepas tuh upgrade skit "badak sumatra".Tak laa kendian yang ayat macam keji skit "tengok lagi besar dari badak.apakata polar bear yang nampak gebu n comel.Okey,fine...