BLOG KE-2 - WEDDING

Monday, June 27, 2011

Full

Salam dan selamat pagi semua.
Hari nih free skit, boleh laa duduk-duduk nak cerita skit tapi tak banyak pun apa yang dilalui 2, 3minggu ni.
Bermula ngan cuti balik kampung 2minggu lepas men
gantar kain untuk langsir mummy, sambil beli barang keperluan nak raya.
Raya wehhh...Cik Cookie suka.
Walaupun badan tak sihat masa cuti, acara di kampung tetap berjalan macam biasa.
Makan-makan,jalan-jalan dan bawak GG (Great Grandma) g medical
check-up pada masa yang sama Cik Cookie di"check-up" sekali sebab URTI.Dapat mc 1 hari.
Jadi cuti bertambah lagi 1hari.
Suka dalam sengsara.
Kali nih balik kampung berdua, dengan alasan "saya risau awa
k drive 6jam sorang-sorang balik kampung".
Selama nih ok je balik sorang.
Haihhh...susah juga rupanya kalau belajar nak hidup berdua.
Lepas cuti balik kampung, minggu lepas menghala ke Parit, Perak dengan jemputan kenduri tahlil keluarga angkat.
Jadi pada masa yang sama bila dah ke Perak namanya,
terjadi laaa edisi menyelam sambil minum.
Wat balik durian penuh seat belakang.
Jadi perjalanan balik ke KL selama 3jam sangat laa seksa ngan bau durian.
Sedap tapi merana.
Malam tadi dapat pulak jemputan dari kawan dia ajak makan-makan .
Letih balik dari Perak tak abih terus ke Selayang.
Rupanya dia dah pakat ngan kawan dia nak wat kejut-kejutan ngan Cik Cookie.
Hari jadi aku lambat lagi ok.
Nak tau apa?
Cik Cookie dapat anak kucing yang memang dah lama Cik Cookie nak.
Hari tuh dah tengok kat WangsaWalk.
Scottish Fold.
Umur baru 4 bulan dan baru sekali vaksin.
Harga RM3390.00.
Pitam...Itu pun selepas mintak kurang..
Yang Cik Cookie dapat nih Black and White Persian Cat.
Umur 3bulan. Harga dia tak nak bagitau tapi kalau tengok hari tuh rm1390.
Vaksin belum lagi...
Walaupun bukan Scottish tetapi tetap
Kucing yang comel.
Gambar akan di upload kemudia dengan alasan camera tak bawak dan bateri tepon tak ado.
Lebih kurang macam nih

Setelah berbincang malam tadi, hari Rabu baru boleh bawa
balik sebab pasir,makanan dan tempat nak tido-tidoran takde walaupun dalam hati terus nak bawa balik.
Nama dah pun bagi malam tadi iaitu JoJo sebab dia jantan.
Yeayyy,dapat partner nak tido.
Heheheheh....
Sekarang Cik Cookie start balik yoga yang Cik Cookie lama tinggalkan.
susahnya nak buat sebab saiz badan macam belon yang dah tak boleh nak tiup.
PADAT...





11 comments:

Wanita Mutalib said...

adus....lamanya cik cookie tak menulis :)

selamat kembali :)

Cik Cookie said...

Ita,
busy lorrr...
banayk idea tapi masa tak mengizinkan...

Puan Capa said...

hi CC!!!lama tak baca blog...


comelnya jojo~

Cik Cookie said...

Puan Capa,
i busy ngan masalah dunia.
penat lorrr..

cheqna said...

lamanya tak nampak CC
moga2 sihat sokmolah =)

anyss said...

cik CC ...jauh juga perjalanan tu ya..

J.M.R said...

oit..skjap ada, sekejap xde nih..hhhheheheh

mamai said...

tu dia sekali cc update panjang lebar yer pas tu senyap semula hehehe

abu muaz said...

kita tengok sejauhmana semangat baru cik CC kita ni

cik helena said...

kite pon tak sehat ne.demam,.

cepat upload gamba kucing tu,nak tgk!

Maya Mayana said...

wow comelnya..geram,dulunya pencinta kucing sekarang terpaksa melupakan,selamat berkenalan :)