BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, July 21, 2011

Cik Cookie::Humanity

Pernah tak korang lihat seseorang yang sakit teruk terlantar di katil dan dalam hati kita berkata "baik dia pergi saja dari lihat dia menderita?".
Inilah yang berlaku pada Cik Cookie sejak bekerja di MOH.
Berbanding ngan Cik Cookie keja ngan MINDEF lebih pada hati kering dan sentiasa menang dalam semua hal.
Beralih pada tragedi di atas ianya berlaku minggu lepas.
Masih segar lagi dalam ingatan.
Ianya berkenaan dengan seorang pesakit di tempat Cik Cookie keja bernama Mimi (bukan nama sebenar) yang di diagnosis "Pemphigus Foliaceus and SLE ?".
Ketika admit untuk hari pertama sangat teruk.Bau yang sangat busuk dan berair akibat blister yang pecah seluruh badan.Keadaan fizikal yang lemah dan kaki yang membengkak menunjukkan Mimi sudah beberapa bulan tidak berjalan.
Agak sedih melihat dia waktu itu.
Dari segi luaran yang Cik Cookie agak waktu dia sihat dulu adalah gadis yang sangat comel dan soft-spoken..
Hari ke-2 iaitu pagi Jumaat yang mendung Cik Cookie ingat lagi kata-kata dia dalam separa sedar sewaktu dressing dilakukan dan painkiller sedang running dibadan dia oleh Acute Pain Service "Kakak, boleh tak Mimi survive?Mimi nak sambut puasa dan raya ngan keluarga dan kawan-kawan."
Masa tuh Cik Cookie rasa nak menitis airmata.
Cepat-cepat disapa oleh teman sekerja.
Kalau tak mau menangis tang tu juga.
Tahan je.
"Boleh Mimi.Janji lepas dressing rehat dan petang skit kita exercise.Jalan-jalan pusing area sini.Nanti Physio datang bantu"jawab Cik Cookie dalam tahan sebak.
"Kakak ada buku tak?Mimi nak pinjam.Bosan kat sini."
"Ada.Nanti akak bawak.Ada 1 buku best yang akak baru beli.KEMBARA MENCARI TUHAN".
Dia senyum dengan mata tertutup.
Petang yang sama terdengar sayup dari jauh pekik lolong Mimi tahan sakit sewaktu exercise.
Kali nih tiada Acute Pain Service cuma walking frame yang membantu.
Semangat untuk balik balik puasa dan raya bersama keluarga begitu kuat buat Mimi.
Cik Cookie diam membatu dalam bilik system tak sanggup nak dengar.
Sayu...

Hari Isnin Cik Cookie masuk keja tepat jam 0745 keadaan kelam kabut.
Blood pressure Mimi drop.
Dia collapse.
No heart beep.
Terasa nak luruh jantung sebab sudah janji nak bawak buku yang diminta.
Buku sudah didalam tangan.
Kemas dalam genggaman.
'Biarlah dia pergi" detik hati Cik Cookie.


16 comments:

cheqna said...

CC
kadang2 gitulah...ada ketikanya baik dijemput Allah dari ersiksa melihat dia begitu
apepun hanya Allah maha mengetahui segalanya
moga mimi sentiasa dilindungi Allah SWT

Cik Cookie said...

Cheqna,
banyak tragedi yang kita kadang-kadang tak terfikir pun jadi.

~AmyLiana8886~ said...

pernah jugak kate ungkapan gitu..kdang2 sian kan tgk terseksa gitu....

lamaya tak singgah sini..nasib cc singgah amy..dpt link cc balik..hehehe..

~AmyLiana8886~ said...

pernah jugak kate ungkapan gitu..kdang2 sian kan tgk terseksa gitu....

lamaya tak singgah sini..nasib cc singgah amy..dpt link cc balik..hehehe..

Cik Cookie said...

CC selalu ke blog kamu tapi tak drop komen.
mekaSIH.

Cik Cookie said...

CC selalu ke blog kamu tapi tak drop komen.
mekaSIH.

Kapten Atok said...

semoga kita yg sihat ni sentiasa beringat... sampai masa kita sakit dan mati jugak

Cik Cookie said...

Kapten Atok.
Ingat sebelum kena.
masih dengar lagi suara dia.

Dearie Pearls said...

hi CC..
saya rasa saya tak sekuat kamu.
kalaulah boleh saya tak ingin melihat situasi seperti itu.

Lia3003 said...

ciannya dia kak.. muda lagi ke mimi tu?

Papa Mifz said...

kalo tgk mereka yg betul2 mcm parah pernah gak terfikir mcm tuh..yer la daripada dia terseksa kan...

Naz said...

sedihnya kisah CK. Al Fatihah buat arwah..

Cik Cookie said...

pEARLS,
itulaa rutin yang CC lalui tiap2 hari di tempat kerja.
telan je.

Cik Cookie said...

Lia,
muda sangat.
dalam 23 dan sedang study.

Cik Cookie said...

Papa Mifz,
kalau tengok badan dia memang terasa sangat seksanya.
kulit dah takde.

Cik Cookie said...

Naz,
Al-Fatihah.