BLOG KE-2 - WEDDING

Showing posts with label tragedi Labour Day. Show all posts
Showing posts with label tragedi Labour Day. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

DIA - AKHIR

Episode Cik Cookie balik dari jumpa Si Dia Kejar xDapat dah pun cita panjang menjela-jela.

Malam selepas kejadian tuh si Dia Kejar xDapat ajak g umah dia malam keesokan hari.Cik Cookie dah x xcited macam mula-mula dulu. Rasa macam dah majuk laa. Dia ajak jumpa malam.HuHuhuhu….Xlama selepas ajakan tuh, dapat sms dari Si Dia Kejar xDapat “Awak saya rasa macam xleh jumpa esok. Kawan saya meninggal dalam xcident petang tadi. Nak kebumi esok hari. Maaf yea?”. Pulak. Ada je halangan. Balas Cik Cookie peendek seolah-olah tidak paham apa yang berlaku.”ok. saya xkisah”. Senangkan. Kalau hati dah sakit macam tu je aku wat. Senangkan?

Keesokan hari Cik Cookie wat macam biasa je. Teman Jemari gi hantar suami dia gi main basikal kat Bukit Pelindung. Balik ngantar dia, teman Jemari gi amik ubat batuk Darwish anak saudara Jemari kat Klinik Ananda. Then Jemari ajak singgah opis lama lama dia. Rindu katanya. Dok lepak-lepak sana sampai kol 12pm. Pastu balik umah main keta ngan Adam. Budak laki katakana. Jenuh gak laa layan Si Adam. Nak tidur mmg dah xleh.

Then dalam petang gi amik suami Jemari, terus g beli KFC dan cake sebab malam ni nak celebrate birthday mak.Dalam masa yang sama dapat msg dari Si Dia Kejar xDapat “ kita jumpa lepas Isyak”. Pulak. Masa tu dah petang dekat Magrib. Cik Cookie amik keputusan gi gak. Cik Cookie sarung seluar slack nagn cardigan je. Rasanya dah xda dah perempuan Melayu terakhir. Masa tu pikir biar sampai cepat-cepat. Cik Cookie pecut 120km/j. 1st time tuh bawak keta laju gilos. Xpernah-pernah Cik Cookie bawak keta selaju tuh.

Sampai je umah Si Dia Kejar xDapat, ada keta ngan motor yang sah-sah bukan dari family dia. Masuk umah dia ada 2,3 orang kawan dia ngan isteri masing-masing. Alahai…. Malunya Cik Cookie. Cik Cookie amik keputusan terus masuk dapur. Ada sambutan besar-besaran ke?Mee goring dan nasi kerabu terhidang di depan. Cik Cookie salam ngah penuh hormat. Amik hati mertua katakan. Chewahhh….Siap bagi kek cokelat didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Cik Cookie tolong apa yang patut. Wat-wat rajin orang katakana.Yang pasti Cik Cookie rasa macam fail je. Senduk nasi jatuh masa angkat nasi tambah. Masa makan lak, tekak Cik Cookie rasa perit nak telan Nasi Kerabu. Nape serba xkena nih? Mak Si Dia Kejar xDapat suh tambah Cik Cookie bagi alasan dah kenyang. Memang Cik Cookie xsenang duduk.Ke kanan salah ke kiri salah sampai kaki naik kebas… Pastu Cik Cookie potong kek. Kek yang sedap pun nampak xsedap. Bila laa boleh balik dalam otak dok piker. Cepatlaa.

Berbual-bual laa wat ringan mulut yang mmg dah terkunci. Macam dah mati kutu. Cik Cookie yangyang banyak mulut pun terus diam xterkata. Dalam dok berbual tuh, Mak Si Dia Kejar xDapat cakap “ nanti balik Kelantan , kita kena gi jalan-jalan umah dia”. Tu dia ayat yang Cik Cookie kira ayat keramat yang mmg Cik Cookie tunggu. Korang rasa macamna? Positive ke bagi pihak mak dia? Oklaa tu kot. Signal awal yang positive.

Dalam kol 11pm semua orang nak bergerak pulang. Cik Cookie pun cepat-cepat angkat punggung, terus gi ke keta. Adda hadiah buat mak Si Dia Kejar xDapat. Sepasang baju kurung cokelat yang dibalut cantik Cik Cookie beli tanda perkenalan.

Lain kali kalau datang sini, singgah laa rumah”. Cik Cookie senyum dan terus menyalami tangan ibunya. “Insyaallah”.


DIA

Salam semua pada blogger yang singgah di blog Aku….Semalam, Hari Ini dan Esok.Hampir sebulan lamanya Cik cookie xupdate blog. Nak kata busy xdalaa sangat tapi tiap kali nak sentuh keyboard ada je keja nak buat. Doctor panggil laa, sister laa. Meeting ISO laa. Lagipun mood nak post new N3 xda. Kadang-kadang nak post new N3 nih kn mood skit. Kena ada feel gitew. Nanti no idea. Lagipun rutin-rutin Cik Cookie lalui adalah biasa2 sajork. Xda yang menarik. Lebih pada tugas harian sebagai tenaga kerja yang berkhidmat untuk Negara.Bila baca N3 JemariSepi barulaa sedar lamanya Cik Cookie xupdate blog. Mesti ada yang rindu. Rindu ke?.......
Oklaa. Dalam-dalam xda new N3 nak post ada gak laa peristiwa yang Cik Cookie rasa banyak member effect dalam hidup Cik cookie setelah apa yang berlaku 2minggu yang lepas. Sebelum terlambat dan sememangnya dah lambat Cik Cookie nak wish Happy Labour Day to all labour in Malaysia. Yang xbekerja tuh, teruskan usaha mencari kerja. Rezeki kat mana-mana.Yang penting usaha. Lambat cepat mesti dapat.
Baiklaa berbalik pada cerita Labour Day nih, Cik Cookie ikut JemariSepi balik Kuantan. Sajork. Jalan-jalan ke Kuantan yang dah hampir 9tahun cik Cookie tinggal. Rindunya Bukit Ubi, Megamall dan Kuantan Parade. Tapi lebih pada rindu yang lain.Hehehehe…….
Seronok dok umah Jemari.Seronok sangat-sangat laa. Dapat jumpa big boy iaitu Si Adam. Makin montel budak tuh. Dan yang paling best dia memang suka memeluk orang lebih-lebih lagi Cik cookie yang gebus mulus dan telus. Pelukan budak memang ikhlas dan rasa macam hilang semua masalah. I miss Adam so much.Cik Cookie ada hutang ngan budak nih. BALL. Masa dia dating KL hari tuh dah janji ngan dia nak beli ball tapi dek kerana kerakusan JemariSepi nak balik cepat xsempat Cik Cookie lupa nak beli bola kat Adam. Sorry Adam Daniel. Lain kali kalau Untie nak gie geli-geli kat Kuantan Untoe beli ball ekk. And of coz thanks for the map yang sepatah haram Untie xfaham apa Adam lukis.
Cik Cookie balik Kuantan hari tuh ada 2sebab. 1 semestinya dah janji ngan Adam nak g Kuantan. 1lagi nak jumpa ngan family Si Dia Kejar xDapat. Berkenal-kenalan uolls. Hari yang dijanjikan adalah hari Jumaat Sehari Cik Cookie sampai dari KL. Jadi Cik cookie janji ngan Si Dia Kejar xDapat amik Cik Cookie kat pump station Jaya Gading sebab Cik Cookie xtau jalan ke rumah dia. Jadi hari tuh Cik Cookie amik Keputusan memakai baju kurung yang ala-ala perempuan Melayu terakhir. Pink gitew yang Cik Cookie kira dah meletup laa. Paham-paham Cik Cookie mana suka pink. Tahun nih je baju baju Cik Cookie dalam wardrobe tuh banyak pink sebab kena leter ngan ngan Bonda tercinta dek kerana kegemaran Si Puteri Sulong suka baju hitam putih. Macam orang mati laki katanya. Berbalik pada pada cita Cik Cookie nak jumpa family Si Dia Kejar xDapat, Cik Cookie tunggu si Dia kat pump station tu dalam kol 3pm. Debar di dada dalam cita laa. Nak meletup macam bomb jangka.
Tetiba je jantung yang laju macam F1 tuh slow cam kereta lembu yang layaknya 5km/j. Dan dalam masa beberapa saat je rasa nak berenti dan Cik Cookie rasa nak pitam. Cam darah xsampai ke otak. Gelap duniaku. Bukan lagi DUNIA BARU yang Elyana kaki ayam tu berlakon.
Nak tau kenapa??Tunggu…….