BLOG KE-2 - WEDDING

Monday, September 26, 2011

Cik Cookie :: Gigih

Sekarang nih ngah gigih siapkan bunga telur untuk customer dari Kelantan yang nak kawin hujung bulan October dan dariKuala Kubu Baru yang nak kawin bulan November nih.
Nasib baik ada pembantu hujung minggu hari tuh.
Boleh laa dia menyibuk diri mengganggu kerja Cik Cookie.
Kasi dia assigment potong ribbon dan ikat flower stigma.
Okey laaa hasil tangan laki.
Nak upah ko kalau siap kerja.
Request masak lemak ketam.
Pitammmmmm....

Thursday, September 15, 2011

KERANA KEBODOHANNYA


"Kenapa awak kawin dengannya?"
"Kerana kebodohannya."
"Haa???"
"Ermmm,kerana kebodohannya.Dia sanggup naik kapcai buruk dia ke hostel saya untuk menghantar nasi sedangkan nasi tu dia beli kat cafe bawah hostel saya je.Walaupun dah 16tahun kawin,dia tanpa malu akan tunjuk kerisauannya dihadapan orang ramai dengan bertanya ada nampak isteri saya jika terpisah dengan saya di shopping mall sedangkan dia boleh telefon saya.Dia akan ke office saya untuk menghantar telefon saya yang tertinggal di rumah sedangkan dia ada meeting yang lagi penting atau berada di OT."

Kadang-kadang pelik tapi itulaa yang benar.
Anda yang dah berkawin,akan berkawin KENAPA ANDA MEMILIH DIA SELAIN ALASAN YANG SELALU KITA DENGAR?

Thursday, September 8, 2011

Cik Cookie : Eid Mubarak

Selamat hari raya semua.
Maaf zahir dan batin.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua.
Harap tahun nih lebih dipermudahkan.

Sahur tak korang semua?
Cik Cookie simple je.
Ayam goreng kunyit dan ikan masak kicap.

Eh,Kurma nak buka pose nanti mana?
-apalaaa..dah pikir pasal berbuka.

Wednesday, July 27, 2011

Cik Cookie :: Ikan kak,sayur kak....


Hari nih teman opismate g pasar masa lunch tadi.
Banyak barang dia.
Ada buah,sayur, ayam, ikan dan bawang.
Semua dia nak rembat.
Cik Cookie - "Banyaknya kak?"
Kakak Iteww - "Nak sambut puasa"

Lorrr,Cik Cookie lupa minggu depan dah nak puasa.
Nasib baik mana yang berlubang dah tampal.
Bayangkan kalau sekarang tak tampal lagi.
Tak ke haru.

Tuesday, July 26, 2011

Cik Cookie::Kebosanan


Bila kebosanan melanda.
Nak keja pun macam takde mood.
Mata rasa nak tutup je.
Mulut nak mengunyah.
SMS dari kengkawan pun tak layan nak ajak berjimba-jimba.
Haihhhh.....
Bosannya.

Thursday, July 21, 2011

Cik Cookie::Humanity

Pernah tak korang lihat seseorang yang sakit teruk terlantar di katil dan dalam hati kita berkata "baik dia pergi saja dari lihat dia menderita?".
Inilah yang berlaku pada Cik Cookie sejak bekerja di MOH.
Berbanding ngan Cik Cookie keja ngan MINDEF lebih pada hati kering dan sentiasa menang dalam semua hal.
Beralih pada tragedi di atas ianya berlaku minggu lepas.
Masih segar lagi dalam ingatan.
Ianya berkenaan dengan seorang pesakit di tempat Cik Cookie keja bernama Mimi (bukan nama sebenar) yang di diagnosis "Pemphigus Foliaceus and SLE ?".
Ketika admit untuk hari pertama sangat teruk.Bau yang sangat busuk dan berair akibat blister yang pecah seluruh badan.Keadaan fizikal yang lemah dan kaki yang membengkak menunjukkan Mimi sudah beberapa bulan tidak berjalan.
Agak sedih melihat dia waktu itu.
Dari segi luaran yang Cik Cookie agak waktu dia sihat dulu adalah gadis yang sangat comel dan soft-spoken..
Hari ke-2 iaitu pagi Jumaat yang mendung Cik Cookie ingat lagi kata-kata dia dalam separa sedar sewaktu dressing dilakukan dan painkiller sedang running dibadan dia oleh Acute Pain Service "Kakak, boleh tak Mimi survive?Mimi nak sambut puasa dan raya ngan keluarga dan kawan-kawan."
Masa tuh Cik Cookie rasa nak menitis airmata.
Cepat-cepat disapa oleh teman sekerja.
Kalau tak mau menangis tang tu juga.
Tahan je.
"Boleh Mimi.Janji lepas dressing rehat dan petang skit kita exercise.Jalan-jalan pusing area sini.Nanti Physio datang bantu"jawab Cik Cookie dalam tahan sebak.
"Kakak ada buku tak?Mimi nak pinjam.Bosan kat sini."
"Ada.Nanti akak bawak.Ada 1 buku best yang akak baru beli.KEMBARA MENCARI TUHAN".
Dia senyum dengan mata tertutup.
Petang yang sama terdengar sayup dari jauh pekik lolong Mimi tahan sakit sewaktu exercise.
Kali nih tiada Acute Pain Service cuma walking frame yang membantu.
Semangat untuk balik balik puasa dan raya bersama keluarga begitu kuat buat Mimi.
Cik Cookie diam membatu dalam bilik system tak sanggup nak dengar.
Sayu...

Hari Isnin Cik Cookie masuk keja tepat jam 0745 keadaan kelam kabut.
Blood pressure Mimi drop.
Dia collapse.
No heart beep.
Terasa nak luruh jantung sebab sudah janji nak bawak buku yang diminta.
Buku sudah didalam tangan.
Kemas dalam genggaman.
'Biarlah dia pergi" detik hati Cik Cookie.


Cik Cookie :: Hang Over Syndrome


Selamat pagi semua.
Warghhhh..mulakan hari anda dengan secawan Nescafe.
Make sure sugar free.
Bukan apa sekarang ramai sangat diabetic.
Senaman?
Harus ada.
Ok,...
Goyang kepala skit.
Kiri, kanan..
Punggung pun boleh.
Goyang macam Inul.
Ada berani?

Minggu nih minggu yang menyiksakan sikit.
Kena jaga 2 bos dalam 1 masa,
Keja lain pun banyak terganggu.
Ngan audit yang taknah sudah-sudahnya.
Ngan staff lain yang bermasalahnya.
Ngan Ducuk yang cancel ngedate tengok Transformer last minute.
Ngan rumah kebocoran paipnya.
Adoiii....
Sakit kepala.

Ingat hujung minggu nih nak g Raub laa.
Makan durian.
Sape orang Raub yang ada kebun durian?
Sila angkat tangan....

Monday, July 18, 2011

Cik Cookie ::i love you owlways

Rindunya nak blogging secara active macam dulu-dulu tapi masa nan-ado.
Kalau boleh hari-hari nak post entry baru panas-panas dari oven tapi tak sempat nak uli.
Blog korang semua memang hari-hari baca tapi bila nak drop komen memang takdan, jadi drop dalam hati je. Boleh tak??


Monday, June 27, 2011

Full

Salam dan selamat pagi semua.
Hari nih free skit, boleh laa duduk-duduk nak cerita skit tapi tak banyak pun apa yang dilalui 2, 3minggu ni.
Bermula ngan cuti balik kampung 2minggu lepas men
gantar kain untuk langsir mummy, sambil beli barang keperluan nak raya.
Raya wehhh...Cik Cookie suka.
Walaupun badan tak sihat masa cuti, acara di kampung tetap berjalan macam biasa.
Makan-makan,jalan-jalan dan bawak GG (Great Grandma) g medical
check-up pada masa yang sama Cik Cookie di"check-up" sekali sebab URTI.Dapat mc 1 hari.
Jadi cuti bertambah lagi 1hari.
Suka dalam sengsara.
Kali nih balik kampung berdua, dengan alasan "saya risau awa
k drive 6jam sorang-sorang balik kampung".
Selama nih ok je balik sorang.
Haihhh...susah juga rupanya kalau belajar nak hidup berdua.
Lepas cuti balik kampung, minggu lepas menghala ke Parit, Perak dengan jemputan kenduri tahlil keluarga angkat.
Jadi pada masa yang sama bila dah ke Perak namanya,
terjadi laaa edisi menyelam sambil minum.
Wat balik durian penuh seat belakang.
Jadi perjalanan balik ke KL selama 3jam sangat laa seksa ngan bau durian.
Sedap tapi merana.
Malam tadi dapat pulak jemputan dari kawan dia ajak makan-makan .
Letih balik dari Perak tak abih terus ke Selayang.
Rupanya dia dah pakat ngan kawan dia nak wat kejut-kejutan ngan Cik Cookie.
Hari jadi aku lambat lagi ok.
Nak tau apa?
Cik Cookie dapat anak kucing yang memang dah lama Cik Cookie nak.
Hari tuh dah tengok kat WangsaWalk.
Scottish Fold.
Umur baru 4 bulan dan baru sekali vaksin.
Harga RM3390.00.
Pitam...Itu pun selepas mintak kurang..
Yang Cik Cookie dapat nih Black and White Persian Cat.
Umur 3bulan. Harga dia tak nak bagitau tapi kalau tengok hari tuh rm1390.
Vaksin belum lagi...
Walaupun bukan Scottish tetapi tetap
Kucing yang comel.
Gambar akan di upload kemudia dengan alasan camera tak bawak dan bateri tepon tak ado.
Lebih kurang macam nih

Setelah berbincang malam tadi, hari Rabu baru boleh bawa
balik sebab pasir,makanan dan tempat nak tido-tidoran takde walaupun dalam hati terus nak bawa balik.
Nama dah pun bagi malam tadi iaitu JoJo sebab dia jantan.
Yeayyy,dapat partner nak tido.
Heheheheh....
Sekarang Cik Cookie start balik yoga yang Cik Cookie lama tinggalkan.
susahnya nak buat sebab saiz badan macam belon yang dah tak boleh nak tiup.
PADAT...





Friday, June 3, 2011

Cik Cookie & Dandelion Wish

Miss him....

Thursday, June 2, 2011

Cik Cookie :: Time Flies

Salam dan selamat pagi.
Tetiba rajin plak nak update blog.
Saje nak pot pet pot pet.
Hahahaha...boleh tak macam tuh?
Since hari nih tak sibuk sebab Datuk masuk lambat jadi Cik Cookie amik kesempatan yang ada nak bercerita skit.
Jangan marah bos.
Kerja didahulukan, yang lain orang kata just sonok-sonok je.
Korang perasan tak sekarang masa cepat je berlalu.
Rasa tido jap je, tiba hari dah cerah, azan subuh dah sayup bunyi.
Belum lagi selesai keja waktu pagi, dah tiba masa nak lunch.
Rasa macam tak sampai sejam.
Macamana ngan amalan Cik Cookie.
Cukup tak nak wat bekal dengan masa yang makin suntuk.
Haihhh......


Wednesday, June 1, 2011

...::Realms of Constant Change::...

Wahhhh,lamanya tak update blog.rasa macam dah jauh ketinggalan.
Macam diri dok zaman batu.Ngan tenet problem,lappy macam siput sedut.
Kejap boleh on pastu diam lama.
Kena panaskan macam enjin keta.aduh,duhh.....
Tahun nih Cik Cookie sangat sibuk.Sampai nak update blog pun rasa macam takde masa tapi nak nengok wayang ok je.Hehehe..Tapi mesti kena amik midnite.
Kalau siang atau seawal jam 9 malam memang tak dapat laa.
Balik keja macam dah nak pengsan.
Jadi langkah terbaik cas dulu battery yang tak ado.Sedar-sedar dah nak Magrib.
Sungguh sopan Cik Cookie sebagai anak dara tidur remang senja.Tapi jarang-jarang ok.
Itu pun sebab terlampau penat.
Lately keja tengok wayang je kalau ada masa free.Latest tengok Karak yang cita macam haprak.
Bosan je..Sepuluh minit pertama dah panas punggung nak kuar.
Menyesal tak sudah sebab tak amik KungFu Panda.
Nasihat Cik Cookie baik jangan sokong film tempatan.
Hahaha...gila keji jahat Cik Cookie tapi nak buat macamana.Rata-rata cita hantu orang kita fail melainkan cita Hantu Kak Limah yang kira ok skit...Betul ke hantu Kak Limah.Lantaklaaa..
Yang terbaru ni cita toyol plak.Harap-harap jangan laa macam cita DILARANG MASUK yang menyebabkan Cik Cookie kuar wayang.last-last g makan ayam lekit belakang RISDA.
Kadang-kadang rasa rugi pun ada bila tengok cita tempatan sebab niat kita nak menyokong tapi pulangannya sangat mengecewakan.
Takyah laa kita cita tentang muvee-muvee nih sebab lain orang lain pendapatnya.
Ke korang rasa macamna?
Sekarang hidup Cik Cookie simple sangat.Gi keja,balik keja,kuar makan.
Bila free wat benda yang rasa nak buat.Kalau kawan datang g ngedate jap..Then balik tido.Hahaha...sekarang dengan berat badan mengalahkan terlebih gandum serta gelaran manja diberikan "Polar Bear" adalah bersesuaian ngan keadaan Cik Cookie yang makan macam tak pernah cukup.Mula-mula di panggil kucing montel.2minggu lepas tuh upgrade skit "badak sumatra".Tak laa kendian yang ayat macam keji skit "tengok lagi besar dari badak.apakata polar bear yang nampak gebu n comel.Okey,fine...

Sunday, January 2, 2011

..::Cik Cookie & New Year::..


Salam pagi Ahad semua..macamna Tahun Baru?
Azamnya?Niatnya?Cik Cookie macam biasa hampi azam Cik Cookie ada yang jenis evergreen.
Sentiasa ada setiap tahun iaitu KURUS..
Azam atau niat untuk tahun ni mesti ada bab KURUS nih.
Kalau tak tak meriah azam tahun baru Cik Cookie.
Pendek kata kena renew tiap-tiap tahun macam roadtax ngan lesen.
Kalau tak mau dari saiz keta kancil bertukar kepada Viva.
Pastu upgrade skit jadi MyVi.
Jenuhlaa nak repair.Makan bulan.Silap haribulan makan tahun.
Adeiiii....
Apapun Cik Cookie harap tahun nih bawak sinar dalam hidup Cik Cookie.
Sekurang-kurangnya 70% menjadi.Target kena ada kan?
Macam nak score untuk exam lak.Hehehehe..
Kepada blogger-blogger di luar sana Cik Cookie ucapkan tahniah kepada yang mana tercapai azamnya tahun lepas.Yang mana nak sambung belajar tuh cepat-cepat laa rebut peluang.Cik Cookie pun ada niat.Yang mana habis belajar semoga dapat keja tahun nih,yang mana dah kahwin, Cik Cookie ucapkan tahniah sebab berjaya mendirikan masjid.Yang mana belum kahwin tapi ada perancangan ke arah tuh berusaha laa---->i laaa tuh berangan nak kawin tak abis.Yang mana tak dapat baby tahun lepas,tahun ni berusaha lagi.Ada laa sebab kenapa Allah tak berikan kita zuriat.Mungkin kita tak bersedia sepenuhnya dari segi mental and fizikal.
Semoga ada semua berjaya melaluin tahun 2011 dengan jayanya.
Dan Selamat Tahun Baru...