BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, May 16, 2009

DIA 2

Hah, ni dia sambungan episode Labor Day hari tuh.

Dia dating ngan baju kemeja, berseluar track dan berkasut sukan.
Sorry awak. Saya kena standby. Kol 4ptg kn masuk kj”.Cik Cookie terdiam. Rasa macam tersentap, terkejut, terkedu dan ntah. Xtau ayat apa yang nak disebut. Bayangkan waktu tuh dah 3pm. Apalah yang Cik Cookie blh bualkan dalam masa 1jam. Nak je Cik Cookie baling ngan kasut busuk Cik Cookie yang dok kat sit belakang kat muka dia. Sabar Cookie. Bawa mengucap. Cik Cookie tarik nafas dalam-dalam sambil sebut “ langit biru rumput hijau” sejuta kali. Macam nak tersembur air liur Cik Cookie. Sudah laa Cik Cookie xmakan apa lagi dek keterujaan nak makan umah Si Dia Kejar xDapat. Dah hypo dah masa tuh.Tangan sampai mengigil-gigil tangan Cik Cookie. Nasib baik ada 100plus. Bila mak Si Jemari tanya nak makan apa kemain eksyen lagi Cik Cookie xnak.

Alih-alih, Cik Cookie tenung mata dia dalam-dalam. Rasa macam nak telan hidup-hidup pun ada. Biar dia rasa panahan mataku yang ala-ala naga dalam Merlin tuh. Masa tuh ayat yang paling bodoh yang terkeluar dari mulut Cik Cookie ialah “Awak sayang saya?Ada Nampak muka saya selepas solat?”.Dia yang diterjah soalan yg pelik-pelik macam sengal-sengal menjawab “Takda. Dah banyak kali saya buat tapi xnampak”.

Hurmmm..”keluh panjang Cik Cookie. No words can xplain. Just little bit frustration and disappointed. Huh, positive kan minda wahai Cookie. “ Mungkin belum sampai masanya dan saya kan terus mencuba. Kita lihat macamana”. Maknanya Cik Cookie kena terus menunggu dan terus menunggu. Desperate nya Cik Cookie. Alih-alih Cik Cookie cakap “teruskan dan saya nak balik”. Masa tu airmata Cik Cookie ditahan-tahan dari nak keluar. Cik Cookie hidupkan keta bergerak pulang tanpa toleh kebelakang lagi. Lapar dan dahaga terus hilang.

Balik umah JemariSepi, Mak Mertua Jemari ada depan umah. Dok perati bebudak potong dahan kayu kot2 timpa kedai ke, wat lari periuk belanga ke. Dia tanya macamana dating tuh. “Entahlaa, mak. Jay rasa macam jauh sangat. Macam xda rasa apa”. Mak tenung mata Cik Cookie penuh makan. “Sayang, cintailaa orang yang menyintai kita, sayangilaa orang yang menyayangi kita. Mak rasa ada sesuatu yang xterluah. Seolah-olah ada sesuatu ditengah. Cuba dok bincang betul-betul. Mungkin dia nak nyatakan sesuatu”.Dalam maksud mak tapi aku dapat tangkap. Ketahuilaa mak, lelaki nih banyak membawa erti kehidupan dalam hidup Jay.”Jay pun rasa macam tu. Tunggulaa. Xnak paksa dia. Lelaki nih bukan boleh dipaksa tapi suka memaksa”. Habih disitu dan Cik Cookie xnak cakap lagi. Airmata macam xleh nak tahan-tahan lagi. Mak gosok belakang Cik Cookie. Sayu Cik Cookie rasa.


No comments: