BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, May 16, 2009

DIA

Salam semua pada blogger yang singgah di blog Aku….Semalam, Hari Ini dan Esok.Hampir sebulan lamanya Cik cookie xupdate blog. Nak kata busy xdalaa sangat tapi tiap kali nak sentuh keyboard ada je keja nak buat. Doctor panggil laa, sister laa. Meeting ISO laa. Lagipun mood nak post new N3 xda. Kadang-kadang nak post new N3 nih kn mood skit. Kena ada feel gitew. Nanti no idea. Lagipun rutin-rutin Cik Cookie lalui adalah biasa2 sajork. Xda yang menarik. Lebih pada tugas harian sebagai tenaga kerja yang berkhidmat untuk Negara.Bila baca N3 JemariSepi barulaa sedar lamanya Cik Cookie xupdate blog. Mesti ada yang rindu. Rindu ke?.......
Oklaa. Dalam-dalam xda new N3 nak post ada gak laa peristiwa yang Cik Cookie rasa banyak member effect dalam hidup Cik cookie setelah apa yang berlaku 2minggu yang lepas. Sebelum terlambat dan sememangnya dah lambat Cik Cookie nak wish Happy Labour Day to all labour in Malaysia. Yang xbekerja tuh, teruskan usaha mencari kerja. Rezeki kat mana-mana.Yang penting usaha. Lambat cepat mesti dapat.
Baiklaa berbalik pada cerita Labour Day nih, Cik Cookie ikut JemariSepi balik Kuantan. Sajork. Jalan-jalan ke Kuantan yang dah hampir 9tahun cik Cookie tinggal. Rindunya Bukit Ubi, Megamall dan Kuantan Parade. Tapi lebih pada rindu yang lain.Hehehehe…….
Seronok dok umah Jemari.Seronok sangat-sangat laa. Dapat jumpa big boy iaitu Si Adam. Makin montel budak tuh. Dan yang paling best dia memang suka memeluk orang lebih-lebih lagi Cik cookie yang gebus mulus dan telus. Pelukan budak memang ikhlas dan rasa macam hilang semua masalah. I miss Adam so much.Cik Cookie ada hutang ngan budak nih. BALL. Masa dia dating KL hari tuh dah janji ngan dia nak beli ball tapi dek kerana kerakusan JemariSepi nak balik cepat xsempat Cik Cookie lupa nak beli bola kat Adam. Sorry Adam Daniel. Lain kali kalau Untie nak gie geli-geli kat Kuantan Untoe beli ball ekk. And of coz thanks for the map yang sepatah haram Untie xfaham apa Adam lukis.
Cik Cookie balik Kuantan hari tuh ada 2sebab. 1 semestinya dah janji ngan Adam nak g Kuantan. 1lagi nak jumpa ngan family Si Dia Kejar xDapat. Berkenal-kenalan uolls. Hari yang dijanjikan adalah hari Jumaat Sehari Cik Cookie sampai dari KL. Jadi Cik cookie janji ngan Si Dia Kejar xDapat amik Cik Cookie kat pump station Jaya Gading sebab Cik Cookie xtau jalan ke rumah dia. Jadi hari tuh Cik Cookie amik Keputusan memakai baju kurung yang ala-ala perempuan Melayu terakhir. Pink gitew yang Cik Cookie kira dah meletup laa. Paham-paham Cik Cookie mana suka pink. Tahun nih je baju baju Cik Cookie dalam wardrobe tuh banyak pink sebab kena leter ngan ngan Bonda tercinta dek kerana kegemaran Si Puteri Sulong suka baju hitam putih. Macam orang mati laki katanya. Berbalik pada pada cita Cik Cookie nak jumpa family Si Dia Kejar xDapat, Cik Cookie tunggu si Dia kat pump station tu dalam kol 3pm. Debar di dada dalam cita laa. Nak meletup macam bomb jangka.
Tetiba je jantung yang laju macam F1 tuh slow cam kereta lembu yang layaknya 5km/j. Dan dalam masa beberapa saat je rasa nak berenti dan Cik Cookie rasa nak pitam. Cam darah xsampai ke otak. Gelap duniaku. Bukan lagi DUNIA BARU yang Elyana kaki ayam tu berlakon.
Nak tau kenapa??Tunggu…….


No comments: