BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, June 20, 2009

Man vs Woman

xda hukum yang menyatakan wanita harus pandai serba serbi terutama memasak. ini semua budaya kita, budaya Melayu...kalau mengikut Islam xpandai masak pun ok yang penting kita kaum perempuan janji taat pada suami, layanan y
ang baik di tempat tidur dan didik ana
k2 dgn baik.
kalau baca riwayat Rasulullah S.A.W selalu disebut Rasulullah S.A.W mengurus diri adalah sunnah tapi kenapa lelaki xnak ikut yea??bab tambah
cawangan 2,3 semua kata nak.bagai bulan jatuh ke riba kalau di "offer".
Kat sini Cik Cookie nak share dgn blogger semua tentang apa yang Cik Cookie tau.Sekadar berkongsi dgn uolls.
kalau perempuan tidak boleh masak, dikutuk dan disuruh belajar. kalau lelaki xboleh jadi imam kita kata okey je. jangan perbesarkannanti mereka terasa hati."apalah perempuan xpandai masak siapa nak kawin dgn awk!".Begitulah ungkapan rakan sekerja bila mengetahui rakan sekerja yang lain iaitu anak dara yang dikatakan tidak pandai memasak.Maka jawablah si gadis ayu td yg dia xsempat bljr memask sebab dari kecil family xgalakkan sebaliknya tumpukan pd belajar shj.bila besar sikit kn sekolah asrama.dok hostel sampai F5. jadi peluang utk bljr memask Cik Cookie kira agak tertutup skit kerana peluang pulang ke rumah agak terhad dan tidak sempat turun ke dapur nak tlg ibu memasak.
"Habis sekarang kenapa xbljr?" tanya Si Lelaki ni dgn penuh semangat."Sedang belajarlaa ni tetapi selain sibuk ngn career saya jg sibuk bljr agama".Begitu jawab Si Gadis yang membuatkan lelaki itu tergeleng-geleng kepala.Baginya xsempurna wanita itu jika xpandai memasak. Semua wanita patut berbuat demikian.
Syarat utama menjadi suami mesti pandai menjadi imam. Walau ada yang kata syarat itu maknanya ramai laa kaum Hawa hidup membujang sampai tua. jika lelaki meletakkan syarat untuk menjadi seorang isteri haruslah pandai memasak, salah kke kita meletakkan syarat seorang suami kn tau jadi imam??Lelaki meletakkan kebolehan wanita haruslah pandai memasak menjadi keutamaan dan ungkapan hendak memikat suami, perlulaa memikat seleranya sering digunapakai.Tidak kiralaa kita kaum Hawa ni berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. sekarang ni bukan asing lagi gaji bini lebih tinggi dari gaji suami. xgitu Bujang Susah?
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupakan walaupun dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain computer game mereka rasa lebih perlu. kalau tidak tau memasak disuruh belajar memasak dan sesudah belajar perlulah handal. jika sudah handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk 3 pasukan bola.itulah stndard yang ditetapkan oleh SUAMI.
Kalaulah Cik Cookie meletakan syarat macam tu pada kaum lelaki korang rs mcmana?kalau xpandai menjadi Imam, belajarlah.Mula-mula abang jadi imam untuk sayang dan anak2, sudah terror boleh mengimam 1 taman perumahan.Amacam?ada rasa tercabar?
"Sibuk suruh kita pandai belajar memasak, mereka itu boleh ke jadi imam?" dengus kawan ppuan yang lain.Betul juga kan. Berapa kerat lelaki yang boleh sembahyang jemaah di rumah bersama anak dan isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya anataranya Ikan Patin Masak Tempoyak dn Gulai Lemak Cili Api.
Maka kawn Cik Cookie yang diira rasa macam terbakar dek Si Lelaki tadi bertnyalah kepada kawan2 lelaki tentang kebolehan menjadi imam.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident jadi imam sebab takut bc Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. ada yang kata elok dia n isteri sembahyang sendiri-sendiri. dan yang paling Cik Cookie xleh lupa ada yang menjawab rasa kelakar bila dirinya yang rugged menjadi imam.
isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat beratkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus tahu menjadi imam supaya kewibawaan mereka tidak goyah atau menjadi masa "queen control". kalau tidk pandai, belajarlah sekarang. jika di suruh wanita apa salahnya lelaki. Tak giteww?
Harap Monker the Luffy dapat bagi ulasan yang panjang lebar. U kan pandai. JemariSepi sah2 boleh bagi sebijik.xgitu nok?Nabilah?Semestinya dialukan.Bloggers yang lain anda turut dijemput membuat ulasan.

4 comments:

Monkey D Luffy said...

nak layan salah satu nyer melalui masakan.

oh ya... itu juga cara pikat hati suami

cookie devine said...

Monkey d Luffy,
kalau suami nak pikat isteri mcamn plak?

FdausAmad said...

Gua nak jemput lu makan kenduri kat blog gua.
Ikut baca doa lagi bagus.

Kalo nak follow pun takpa.

Blog gua tu dh tak seimbang,ramai dah berat ke belah punk.

cookie devine said...

FdausAmad,
Nanti Cik Cookie singgah blog lu ekkk.harap2 ada knuri besar2an.hehehheeh