BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, July 30, 2009

Syok Sendiri a.k.a SS

Perasan

Perempuan lebih perasan ke atau lelaki lebih perasan?

Tiba-tiba dapat idea ni masa tggu green light kat simpang empat Menara TH Selborn kat Jalan Tun Razak tadi. Cik Cookie dok tunggu ms nak tekan minyak je tadi masa idea ni datang.

Alkisahnya kereta Cik Cookie berada di lorong tengah tadi dan banyak abang-abang motor tunggu turn dok area situ. Datang laa sebijik motor yang ntah jenis apa tapi motor tuh pun ngn sticker miker laa. Ada no 49 xsilap, pastu Castrol laa. Byk laa sticker yang ntah apa-apa, jadi Cik Cookie tgk laa dek kemeriahan motor tuh. Driver lak pakai baju batik. Sah-sah ko keja gomen n sticker kat motor tuh ada sticker MINDEF-Jabatan Veteran. Geng Pertama Complex ke nih???. Dalam dok syok tgk rasa macam ada org senyum. Abang motor tu rupanya. Dia perasan Cik Cookie tgk dia atau motor dia? Atau Cik Cookie perasan dia nak ngorat Cik Cookie?Hukhukhukhuk.....Yang penting Cik Cookie balas dengan senyuman paling sexy dan haruslah vouge giteww.

Biasa yang kita lihat dan kita dengar perasaan syok sendiri mcm senang ditafsirkan. Let say kita kawan dengan species bertentangan jenis kita. Rapat dan haruslah mesra. Katakan Cik Cookie kawan rapat ngn Abang Motor tadi. Slalu keluar bersama, makan, jalan-jalan dan byk buat benda together-gether. Kalau orang xtau mesti ckp dia adalah pasangan sehati sejiwa Cik Cookie. Haruslaa kan kalau aku 24jam berkepit ngn dia.

Dan sampai satu masa untuk tempoh yang lama Cik Cookie rasa he is Mr Right for me. Tapi Abang Motor nih masih meneruskan rutin yang biasa dilalui bersama dengan Cik Cookie sedangkan Cik Cookie harapkan lebih dari seorg kawan. Dalam kes ni mmg laa Cik Cookie yang perasan lebih tetapi lelaki ngan perempuan kan mana boleh kawan baik. Hakikatnya kawan baik Cik Cookie hari ni pun lelaki.

Bagaimana pulak dengan lelaki yang perasan? Kalau kita baik ngan lelaki tuh dia plak perasan kita nak kat dia. Mula laa nak lebih2. dari keluar jarang-jarang nak dijadikan rutin. Dari call 2,3 hari sekali, mula jadi kemestian bagi dia untuk call tiap2 hari.Rimas tak? Kalau kita tolak, macam2 laa dia cakap.>

2 comments:

..::mrsMeme::.. said...

lelaki lg perasan!!

hahahah...

backup kaum hawa...

cookie devine said...

mrsMeme,
itu xdinafikan.mmg diorg mudah pasan.nak2 yg xbape ensem.