BLOG KE-2 - WEDDING

Friday, February 26, 2010

..::Cik Cookie with Lil' bear::..

Since hari nih cuti sempena Maulidur Rasul, Cik Cookie amik peluang wat sample door gift sempena aqiqah anak opismate Cik Cookie iaitu SN Suhailawati untuk anaknya Wan Aimanul Hakim.

Jadi theme colour untuk baby boy mesti laa biru kan.

Sweet kan...


Alang Cik Cookie dah buat sample untuk baby boy rasanya aci laa kan Cik Cookie buat sample untuk baby girl sekali. Dan colour mestilaa pink.Tapi kalau ada permintaan untuk pertukaran colour and decoration Cik Cookie akan buat.
Sape nak order boleh check kat LoVEStORycREAtION ok.

Sebelum tuh Cik Cookie dikejutkan oleh perempuan gila dari Johor Bharu supaya hantar dia ke Restaurant Jejantas Sg Buloh.Owhhh....perempuan tuh namanya AZZA.
Dia nak ke SIK,Kedah bagi Majlis Kawin seangkatanya kat Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dengan selaju 140km/j Cik Cookie bawak keta ke Sg Buloh.
Gila kentang kalau kena speedtrack kat highway.
Apapun kat sini Cik Cookie nak ucapkan sekali lagi congratulation sebab dia dah selamat bertunang."Congrat,babe".

Thursday, February 25, 2010

..::Cik Cookie with Post Traumatic Lappy::..


Sakitnya hati..

Balik rumah ingat nak baca semua blog-blog yang dah lama Cik Cookie xsinggah.

Dah berangan nak drop komen-komen kat blog korang.

Ngah syok dok taip segala komen yang panas dan suam-suam kuku, elok je tekan publish comment xmo kuar segala comment Cik Cookie.

Geramnya...

Tapi bila drop comment sape yg pakai DISCUSS segala mende tuh elok je blh drop comment.

Nape ekkk?

Semua nih jadi sejak lappy Cik Cookie kena format.

Lepas tuh kalau ada yg perasan, signature Cik Cookie pun dah xde.

..::Cik Cookie = Blowing Kiss::..


Cik Cookie ok saje.

Sangat ok.

Sedang belajar untuk hidup baik-baik.

Terima kasih di atas keprihatinan kamu semua.

Kamu yang terbaik dalam hidup Cik Cookie

Wednesday, February 24, 2010

..::Cik Cookie = Tenanglah wahai hati::..


Hati terasa jauh.

Sangat jauh.

Tenanglah wahai hati.

Untuk waktu ini...

Agar mampu aku lepasi.

Menjelang hari esok.


Ini bukan entry jiwang karat ok....Many thanks to beruangkeciq yang sudi mendengar.

..::Cik Cookie dan Kenduri Kawin::..

Kalau namanya cuti tak kisah laa raya Cina ke,raya India ke, cuti sekolah ke mesti sibuk ngan kerja kawin. Cik Cookie pun xterlepas kena tempias makan kenduri.
Sampai kena bagi ngan mak and ayah sape yang kena pergi kenduri yang mana 1.
Jadi Cik Cookie amik peluang g kenduri kawan-kawan zaman study sekolah menengah dan UiTM. Mak dan ayah g kenduri orang2 kat kampung.
Adil laa kan.

Ini kenduri Adani ngn Nazman.Diorang nih 1 sekolah menengah ngan Cik Cookie. Xsangka laheee Adani dan Nazman nih saling TERjatuh chenta 1 sama lain masa orientasi kitorang form 1.Perghhhh....lama gila dok pendam rindu dendam.10 tahun gak laa deme berchenta.Dan ini gak perkahwinan pertama kawan sekolah menengah yang Cik Cookie join.U the lucky 1 Adani.Semoga sampai akhir hayat.Kenduri diorang pada 13.02.10 kat Jalan Machang-Kuala Krai iaitu Batu 31.
Ini plak Aifaa Ariff kawan 1 sekolah menengah ngan Cik Cookie.Kitorg sempat 1dorm nih masa tinggal kat hostel.Siap gaduh bagai.Hehhehehe...zaman berhinguskan.Dia pun kawin ngan kawan 1 sekolah and sekelas ngan Cik Cookie iaitu Wan Mohd Ammar.Gila kentang diorang nih.Semua dapat laki kawan 1sekolah.Cik Cookie??Maintain...Teringat zaman main- main mata ngan senior.
Kenduri Aifaa nih kat Kubang Kerian pada 20.02.10 iaitu sehari sebelum Cik Cookie balik ke KL.


Ini Liza kawan baik masa kat UiTM Kampus Kota, Kuantan. Kawan satu rumah nih.G makan ke hulu ke hilir bersama.Dia kawin ngan bekas pakwe dia masa sekolah menengah xsilap, Wan.Orangnya kecik molek.Liza pemalu ok.Kenduri nih kat Jerteh, Terengganu pada 15.02.10.

Kepada yang kahwin, semoga berbaloi-baloi laa perkahwinan kamu.Jangan ada simpan apa yang terpendam di dalam hati kalau kamu tersentuh hati dengan pasangan kamu.
LUAHKANLAH...DAN BERBINCANG DARI HATI KE HATI...



Monday, February 22, 2010

..::Petang Cik Cookie::..

Masa balik kampung hari tuh Cik Cookie gunakan masa 1hari bersama budak nih.
Suh dia format lappy Cik Cookie, install Kaspersky Antivirus bagai laaa.
Since buat benda nih ngh penuh kasihsayang-->gila berangan ,hasilnya Cik Cookie kena g beli makan untuk lunch-->rasanya layak dipanggil dinner sebab almost 6pm.Dan paling dasat kena bawak keta dia sebab Cik Cookie xmo ahh drive keta sendiri.Dengan alasan bosan laa.Rasa nak mati bawak keta orang laki.Gila.Tekan minyak skit cam laju je ke depan.Hohoho..
Dari kol 1030am sampai 630pm wat format lappy dan Cik Cookie amik part jadi PA sementara tggu dia selesai mandi n solat Zohor.

Bersama ngn orang kita sayang memang seronok walaupun masa dia banyak dihabiskan ngn kerja dia.Mungkin sedikit kecewa tapi sudah faham ngan tuntutan kerja dia.sekurang-kurangnya bila balik Kelantan masih dapat bersama dia. Dia banyak suh Cik Cookie independent. Berusaha sendiri.Masih ingat lagi msg dia pada Cik Cookie 1hari tuh masa Cik Cookie tergedik-gedik nak mintak dia teman Cik Cookie g 1tempat "Kena laa berdikari...B bukan selalu available...time free boleh laa B layan".Sebetulnya Cik Cookie nih saje laa kan gatal-gatal nak manja.Ambik ko kena sebijik..Bagi setengah orang mungkin susah nak terima tapi bagi Cik Cookie ianya mcam cabaran.Dan memang Cik Cookie independent kan.Nak-nak sejak dok KL.Semua kena buat sendiri.Takde nak bergantung ngan sape-sape.Mungkin just mintak 2nd opinion.Yang lain semua atas bahu Cik Cookie.Ke hulu ke hilir seorang diri.
Dari Kelantan ke KL semalam pun drive sorang diri.
Tak kisah laa sebab kenduri ke Jerteh hari tuh dia temankan.
Many thanks,dear.

Thursday, February 11, 2010

..::Cik Cookie with Tangerine::..


Mula-mula Cik Cookie nak minta maaf sebab lama sangat-sangat tak jenguk blog korang. Harap jangan ada yang kecik hati ekkk.Bukan Cik Cookie sombong bagai tapi busy skit dan line internet kat umah slow gila. Nanti bila internet dah ok skit Cik Cookie singgah ekkk.
esok Cik Cookie dah start cuti for Chinesse New Year.Seminggu ok.Nih semua sebab nak raya ngan Alex, Ah Yau, Ah Long and Ah Yik. Agak-agak dapat tak angpau tahun nih.Esok petang Cik Cookie dah gerak balik kampung.Hoyeahhh....
Jadi kat sini Cik Cookie nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Chinnesse New Year kepada my boss Yong Wee Hwa dan staff yang lain Felix, Tang JJ, Chong CC, Wong Siew Mei, Tan MM dan semua yang menyambutnya. Dan semestinya blogger yang celebrate.
HAPPY CHINESE NEW YEAR WITH PROSPERITY AND LONGEVITY.

Saturday, February 6, 2010

..::Cik Cookie & Seisi Berjimba-jimba::..

Around 6pm KD call tanya nak join xevent ala-ala reunion kat Putrajaya.
Mula-mula cam tak nak g sebab cam jauh tapi bila pikir gf-gf ramai nak join.
Excited laa kan nak jumpa geng-geng UiTM.
Pastu dah feeling makan-makan yang sedap.
Janji 830pm jumpa kat Masjid Putrajaya.
Cik Cookie kalau bukan URUSAN RASMI memang tak hingin laa nak jejak Putrajaya nih.
Boleh sesat larat sampai nak terkentut buih ok.
Jadi gagahkan diri gak nak g sebab rindukan diorang sebab awal-awal lagi Naza cakap gathering nih sempena tunggu Julie nak meletup.
Bila sampai sana diorang xde lagi. Jenuh laa menunggu sampai 1030pm baru sampai
Masa nih dah give-up dah sebab KD dah lapar xhingat.Cik Cookie lak mata macam xleh buka dah.Letih sangat. Bila diorang sampai ingatkan ramai rupanya ber5. Meroyan ok.
Meh layan gambor jelaaa....

Nih event planner yang xberapa menjadi plannya. Patutlaa dia suh Cik Cookie beli jajan n air bagai rupanya makan bawak sendiri. Hampehh...
KD dan Puan Julie ngah kusyuk mendengar gossip-gossip pana dari Cik Cookie, Opah dan Naza.

Nih Opah .BFF Cik Cookie paling rapat ngan Cik Cookie.Dia sudah bergelar puan dan Cik Cookie sempat bercerita pasal mimpi pregnant tuh. Dia pun siap sound lagi "ko ingat senang ke nak buat anak". Owhhh...Malu Cik Cookie bila kaum isteri bercerita pasal proses anak.

Nih Puan Julie.8month freggie.Badan xnaik sangat tapi seri bakal seorang ibu pada baby girl memang ada laaa.

Makanan malam tuh Opah yang bawak.Jangan salahkan Cik Cookie hokey sebab xcakap gathering nih cam potluck gitewww..Jadi yang Opah smpat bawak ialah Ayam masak yogurt, daging blackpapper dan ikan masak lemak cili api.

Mula-mula sampai ini yang Cik Cookie buat.Abaikan perangai tak senonoh tuh k sebab gila excited nak pregnant gak.

Seisi berlaga perut amik berkat.Nasib baik tummy Cik Cookie pun cam 4month pregnant.Huhuhuhu....

Tiba time amik pic nih cam nak ceria RUMAJE kan.So just say peace to 1 Malaysia.

Ngan BFF kalau xde gambar camgini rasa macam tak kena je.Jadi harus ok...

Ngan KD..Harus feeling tinggi cam Kate Moss kan sebab minah nih tecit dari Cik Cookie.

Bergambar beramai-ramai macam abih kursus nih memang wajib laa kan sebagai penutup majlis jam 1130 malam selepas seisi makan. Jika dibuat perbandingan ngan saiz zaman dulu xde bezanya sebab semua ala-ala ayam daging walau hakikatnya species ayam kampung. Feeling gojes di situ sejak berat sudah turun.

Dan last sebelum balik tido ialah menunjuk kaki dengan harapan bila tua nanti jari n kaki masih cukup tanpa kedatangan DIABETIS. Live like we're dying


Friday, February 5, 2010

..::Cik Cookie and Drama Queen::..



Lately selalu mimpi pelik2. Paling tak boleh lupa mimpi pregnant. Yang terbaru malam tadi. Mimpi memang nak deliver baby laa. tapi siap g shopping bagai KLCC. Serious laa mimpi cam gitu best sebab memang nak baby. Bezanya takde orang nak jadi bapa kat baby tuh.Huhuhuhu...Tunggu laa sape2 nak kat Cik Cookie. Gila Cik Cookie meroyan kan?

I WANNA HAVE YOUR BABIES

I wanna have your babies,
I see them springing up like daisies.
(Heres one, theres another.
Oh! Theres one... Theres a baby... theres one.
Babies, babies, babies, babies, babies,
I wanna have your babies!)
One day maybe you'll find out...