BLOG KE-2 - WEDDING

Sunday, April 12, 2009

CinTa SaJe XcUkUp.....


Salam semua..Petang tadi Cik Cookie baca blog Monkey D Luffy tentang kisah Sarah dan Luffy tentang CINTA SAJA TIDAK CUKUP. Cik Cookie terpanggil untuk meluahkan apa yang Cik Cookie blh kongsi ngan blogger semua. Memang Cik Cookie sokong bahawa Cinta Saja xCukup biarpun ramai kat luar sana cakap ada Cinta semua ok. Tipulaa..Aci potong jari Cik Cookie berani. Ramai xpikir faktor2 sekeliling memainkan peranan dalam permainan CINTA.Chewwaahh.....
Cik Cookie cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan orang2 sekeliling. Bukan niat nak buka pekung di dada atau memalukan individu di keliling Cik Cookie tapi Cik Cookie hanya nak berkongsi je..


Bg Cik Cookie cinta saja xckp untuk masa sekarang. Mungkin ada bagi 1/2 org cinta sudah memadai. Cukup untuk kita hidup semati bersama. Bagi Cik Cookie itu semua tidak masuk akal untuk pada zaman sekarang. Cuba kita pikirkan dari segi sosial ekonomi, geografi dan faktor persekitaran untuk dikaitkan dengan CINTA..Cik Cookie fikir semua tu sebagai pengaruh yang besar dalam episode hidup Cik Cookie mencari cinta untuk menyambung generasi masa hadapan..Hurmmm,serious nyer isu nih...

Bagi Cik Cookie, faktor sosial ekonomi mmg pengaruh besar. Bukan kerana Cik Cookie perempuan maka pengaruh ekonomi itu penting tapi itulaa hakikat yang kita kena telan. Bila kita dah mula suka pada seseorang dan berhajat untuk melangkah ke perhubungan yang lebih serious, pada pandangan Cik Cookie faktor kewangan memainkan peranan yang amat penting. Bila uolss kawin, nak ke korang hidup sekadar cukup-cukup makan?Pastu bila dapat anak, nak ke korang meredah panas terik,ribut taufan(ganasnya) nak g klinik ngan naik motor atau tahan teksi tepi jalan dan paling teruk kena tahan bus Metro (kalau kes korang tggl kat KL laa)??Pastu tengah2 bulan korang dah tenat nak beli pampers ngn susu anak.Tu belum masuk nak bayar sewa umah dan utility bill. Korang blh ckp "Xpe. anak kita bagi breast feeding pampers kita tukar pakai lampin". Bodohlaa ko klau ckp mcmtu..Bila kestabilan ekonomi xda, jadilaa kes cerai. Bini ikut jantan lain sbb suami xmampu dari nafkah zahir, suami ada simpan ppuan lain yang kompem lg kaya dari isteri dan boleh bagi apa yang dihendaki.X ke haru??Ni fakta bukan auta tau. Cik Cookie selalu bc dalam sokkhbr ngn majalah ibu Cik Cookie dan semestinya apa yang terjadi pada kawan2 Cik Cookie yang sedia maklum rmi kaum ibu gitewww kat opis yang sentiasa order Tupperware yang 1set harga mencecah rm200.

Tu belum lagi masuk faktor geografi. Kalau korang idup kat KL, JB ngan Penang mau mati kering ngan gaji rm1200 nak hidup berdua, bertiga, berempat.Tambah gaji bini RM1200 baru RM2400.Tolak sewa umh n hantar anak org jaga mmg habih laa gaji, tolak duit keta (itu klu korang berangan nak pki keta yg mahal) bepe kerat gaji korg tggl??

Nak dok kg plak?Blh ke?Sekarang kg kat Malaysia pun maintanance tggi tau. Beras Malaysia yg 10kg dah bape?? Cik Cookie keluarga yg kaya raya makan beras Siam xmain beras ERA ni.Hukhukhuk....Berbalik pada cita kg nih, korang nak cucuk tanam ke mcm nenek2 kita dl?Sanggup ke berpanas dan berhujan nak tggu hasil.Memang nampak sempit fikiran Cik Cookie tapi itu sebagai perumpaan kat kg pun hidup kn ada harta. Tanpa harta cinta pun xjalan.Ramai lari ke bandar sebab nak hidup senang. X gitewww??(Cik Cookie laa salah seorang perantau mencari sesuap nasi nih).

Hidup hanya dengan cinta rasanya mmg xmemadai.Kena ada harta, keberanian, commitment yg tggi, rasa di hargai dan di sayangi dan byk lagi laa benda yg kn ada. Kalau xda baik bunuh diri laa gantung kat pokok manggis.

Mmg betul laa kisah Sara ngn Luffy tuh..

---->>CINTA SAJA XKAN CUKUP.Nak2 org montel macam Cik Cookie.Makan kn lebih.

9 comments:

jemarisepi said...

Betul..betul..betull....
jemari sokong Cik Cookies...
apa kata jemari..?nanti jemari ulas kat blog ekk....

nabilah_2908 said...

ha'ah..betul..sokong...
mmg tul tu...stkt cnta jer..xkn kemana..
bukn nk kt kite ni mata duitan...tp..money juga amat2 la penting dlm kehidupn kite.. :)

nabilah_2908 said...

sis...de awrd for u..sudi la terima yer.. ;)

Kapten Luffy said...

banyak kes mahkamah syariah berpunca dr faktor ekonomi ;)

Cik Cookie said...

JemariSepi,
Nok nak bc ko pya post gila pya pnjg.Tp akan kucuba...

Cik Cookie said...

Monkey D Luffy,
Hmmmm..Cik Cookie kn cr bapa gula yg kaya raya.

Anonymous said...

ahai cookie x der cinta pun boleh hidup asalkan memahami sesama sendiri. yang pppenting ada cinta yang lain lain x penting hu hu h u hu senang nya hidup x yah bagi makan minum anak org. Sebalik itu kalu u dah kaya duit dah banyak cinta saja dah cukupkan. Cik hawa skrg ada DR, Proff,Bz women, interprenour,menteri, taukeh macam macam tauke duit dah bertimbun timbun anak cucu x abis makan boleh la cekup mana - mana teruna hensem ada cinta dah kan.Tak semua apa yang kita nak kita dapat ada sana sini tambah kurang cik cookie tu ada cinta jangan dipersia2kan banyak yang kawin bank rakyat pas tu sama sama la korban nak bayar 20k 30k masa kawin janji dapat suami dapat anak nenek timang cucu he he he he

Anonymous said...

Joran_mz , ahai cookie x der cinta pun boleh hidup asalkan memahami sesama sendiri. yang pppenting ada cinta yang lain lain x penting hu hu h u hu senang nya hidup x yah bagi makan minum anak org. Sebalik itu kalu u dah kaya duit dah banyak cinta saja dah cukupkan. Cik hawa skrg ada DR, Proff,Bz women, interprenour,menteri, taukeh macam macam tauke duit dah bertimbun timbun anak cucu x abis makan boleh la cekup mana - mana teruna hensem ada cinta dah kan.Tak semua apa yang kita nak kita dapat ada sana sini tambah kurang cik cookie tu ada cinta jangan dipersia2kan banyak yang kawin bank rakyat pas tu sama sama la korban nak bayar 20k 30k masa kawin janji dapat suami dapat anak nenek timang cucu he he he he
letih la aku terraba raba buat commmment

Cik Cookie said...

Hahhaa..anak?cucu??mcm gerun je bl bc.