BLOG KE-2 - WEDDING

Friday, April 24, 2009

Salah Cik Cookie???


Hari ni Cik Cookie follow blog kawan baik Cik Cookie.Lama kitorg kwn. Nak dekat 8tahun. Rapat gila. Keluarga dia mcm family Cik Cookie sendiri. Dan Cik Cookie ngan dia amat laa rapat. Harap dia pun rasa macam rapat ngn Cik Cookie. Kami byk share kisah suka duka bersama. Share benda yg sama kekadang. Baju yg sama kaler dan design pun kami beli kalau sama dah suka. Saiz je xsama. Bezanya Cik Cookie ala comel gitew dan dia maintain syantek ptgan badan. Dia seorg cool Cik Cookie kira dan kuat berleter yang sah2 salah Cik Cookie yang dia leterkan tapi sekarang semuanya berubah. Drastik dan ketara. Entah semenjak 2,3minggu nih rasa macam jauh sgt. Macam individu yang berbeza dan bukan diri sendiri. Dia lebih senyap dan Cik Cookie turut jadi senyap. Tiada lagi isu nak bercakap atau nak argue seperti biasa. Kenapa yea? Adakah Cik Cookie yang salah dan tidak pandai memahami keadaan atau Cik Cookie adalah Melayu yang mudah lupa itu? Sakit kepala Cik Cookie nak cari salah Cik Cookie sendiri kalau xda org yg selalu tegur Cik Cookie mcm dolu-dolu. Menangis jelaa dalam bilik menunggu kecik Cik Cookie.Atau mungkin kawan baik Cik Cookie yang lebih banyak menangis kerana sikap Cik Cookie?
Kadang Cik Cookie terpikir yang dia mungkin stress sebab dalam tempoh menbina masjid yang bakal tiba 07.08.09 nnati. Itu hanya telahan Cik Cookie.
Mungkin ini tempoh yang agak sukar bagi pasangan yang bakal kawin nnt atau Cik Cookie x alert dengan keadaan kawan baik Cik Cookie. Pre and post bagi sebuah perkahwinan agar sukar bagi 1/2 pasangan. Mungkin kawan baik Cik Cookie xda masalah mengenai hal itu.Cik Cookie je yang buruk sangka. Harap semua berjalan lancar wahai sahabatku.


Andaikata aku yang bersalah, tegur laa aku seperti dulu. Sedikit pun aku tidak berkecil hati jauh sekali nak kusimpan dalam hati. Kita dah banyak lalui hidup bersama dan aku xmahu putus sahabat yang aku sukar cari ganti seperti dirimu. Sangat memahami setiap kerenah aku. MAAFKAN AKU...

4 comments:

Monkey D Luffy said...

kadang2 lepas kawen pun akan berubah gak

nabilah_2908 said...

myb die ade masalh..mslh yg die xleh nk shre ngn cik cookie..bg die ms...nnti rs2 die dh ok..cik cookie tnye la kt die.. :)

cookie devine said...

Monkey D Luffy,
Thanks yea.Tapi Cik Cookie masih xda jwpn utk ketegangan yang berlaku.Cian Cik Cookie kan.

cookie devine said...

Nabilah,
Dah dekat 3minggu dah.Cik Cookie pun jadi xsenang duduk nih.