Weekend ni nmpak gaya xda watpe.basuh baju n basih baju.yang berlonggok.
Cik Cookie sengaja bagi berlonggok-longgok sepanjang minggi nih. Nanti bila weekend boleh laa basuh n basuh dari dok tido n berlingkar depan TV macam ular sawa. Yang lain sume balik kecuali Liza ngn cik Cookie je. Liza sah-sah dah masuk opis, keja katanya. Cik cookie plak dok laa umah. Masa wat n3 baru nih pun ltmpat tido belum kemas dan baju ngan spin. Jdi orang bujang nih bosan gak. Dok laa sorg2 bila suma org balik kg. nak cakap ngan ikan plak macam xlalu. Diorg lagi sibuk dari Cik cookie. Sibuk makan.
Jadi Cik cookie piker, habih wat keja umah g JJ jap. Cari kasut nak g knuri my bestbuddy kat Ipoh. 1st nak g Ipoh drive sndri nih. Kalau
xwat gak sampai sudah laa xdrive naik highway long distance. Ayoooo..i’m dying.
Baiklaa Cik Cik Cookie nak kuar isu long distance nih. Hurmmm…macam tough je subject nak share.hukhukhuk…BAGAIMANA NAK MENGHARUNGI PJJ? Percintaan Jarak Jauh dan Perkahwinan Jarak Jauh. Mula2 sekali Cik cookie nak mintak maaf kalau ada yang terasa tapi tujuan artikel ni dikeluarkan nak share pengalaman yang berlaku pada diri Cik Cookie sendiri dan nak tahu pendapat blogger semua.
Kebiasaan yang kita dengar isu Perkahwinan Jarak Jauh yang melibatkan Si Suami atai Si Isteri yang berkerja diluar dari kawasan tempat tinggal (macam nak wat essei BM laa plak). Pada tahun 1998, jiran Cik Cookie seorang guru ditugaskan ke pendalaman hulu Sarawak. Jauh dan ke dalam hulu. Bekalan makan hanya sampai 3 kali seminggu pada waktu itu. Dan bekalan makanan hanya banyak kepada dalam tin dn makanan kering yang tahan lama. Ikan, ayam dan daging biasanya diternak oleh masyarakat sekeliling. Berbalik ngan kisah guru tadi, dia beranak 5 ketika mula ditugaskan ke pendalaman tuh. Kira guru ni dah hampir umur 40an. Masa mula2 ditugaskan ke sana isteri sedang mengandungkan anak ke 6. banyak masalah ketika mengandung macam pregnant induce hypertension, diabetic. Tapi Cikgu ni lak kena g gak sebab dah terlalu lama membuat penangguhan. Jadi anak yang lahir tadi pun turut mengalami masalah seperti jantung berlubang. Itu yang paling kritikal.
Tapi yang Cik Cookie nak bincangkan nih bukan sebab Si Isteri a
tau baby yang sakit tadi tapi Si Guru nih. Bila berada di sana dalam tempoh yang lama byk perkara yang berlaku. Dari kesedihan dan kesunyian yang dirasai berubah menjadi kegembiraan apabila rasa sunyi dan sedih td kongsi dengan seorg guru perempuan muda yang ditugaskan bersama. Bermula laa episode yang semua kita tahu.
Percintaan Jarak Jauh turut Cik Cookie nak kongsi. Seorang teman yang Cik Cookie kira rapat dengan Cik cookie turut mengalami nasib yang sama. Bezanya dia dikatakan org ke3.Kisah cintanya bermula dengan baik-baik sahaja. Cukup sempurna dan indah. Perkenalan melalui telepon pada 2minggu Julai 2006 dan declare pada awal August tahun yang sama melalui seorg sahabat baik kepada couple ni kenalkan. Hari-hari dengan sms “I love you, I miss you and I need you” dan malamnya panggilan tel jadi teman setia.seorg di Kelantan seorg lagi di Penang. Cukup jauh dan rumit kerana tigas masing2 Si Majnum bertugas sebagi benteng pertahanan Negara di TUDM Butterworth dan Si Laila sebagai pegawai bank di Kelantan. Biasanya Si Laila berkorban demi Majnum dengan pergi ke Penang. Sanggup berhabis wang terbang dan menaiki bas ke sana kerana cinta tanpa di sedari Majnum terlebih dahulu milik insan yang lain bernama Suri. Berjanji untuk sehidup semati selepas raya puasa nanti.
Bagi Laila berita penyatuan itu sangat memeritkan untuk ditelan. Amat pahit. Rasa bersalah turut menguasai diri kerana menjadi insan ke2 dalam hidup Majnum dan perampas cinta Suri.
Jika dulu tel teman setia, sekarang kesedihan teman baru. Malam hanya mimpi yg Cik Cookie kira suatu yang menakutkan bagi Laila. Ubat anti-depression je yang mampu memberi harapan baru pada dia. Xsilap Cik Cookie ms yang diambil nak sembuh tuh memakan masa yang agak lama. Hampir setahun.Kalau tgk dia mmg sedih. Orang yang cukup ceria dan suka bercakap macam Cik Cookie. Sekarang telah bertugas di KL. Nampak lebih bersemangat dari dulu walaupun belum menemui cinta baru.
Itulah antara episode cinta dan perkahwianan jarak jauh. Tiada siapa yang tahu siapa yang ditipu dan penipu.
2 comments:
salam ziarah,..
susah gak kalu PJJ neh,..
xtau sapa yg ditipu sp yg tertipu,,..
p, insyallah, kiranya kita jujur,..
maka baikla blsnnya,..
kiranya jujur tp dipersendakan,..
anggaplah dugaan,..
Allah swt Maha Adil lagi Bijaksana..
ayinn,
Cik Cookie rasa laki sume xleh caya n ppuan pun xleh caya.ke macmna?
Post a Comment