Thursday, January 15, 2009
AKU, SI BUTA DAN KLCC
Hari ini tepat 0715-Seperti hari-hari lain aku tiba pada masa yang sama, tempat yang sama iaitu LRT Jelatek. Tiada apa-apa yang membezakan hari ini dengan hari-hari yang lain. Cuma cuaca yang agak mendung dan berangin kencang bukan sepoi-sepoi Bahasa Jepun yang aku belajar 10tahun dulu yang lembut dan penuh hormat. Sehingga baju batik aku pakai rasa macam nak tertanggal. Sampai di lrt station dari jauh aku nampak orang yang selalu aku suka perhatikan tiap kali naik turun train ke tempat keja berjalan dan berteman. Cukup mesra. Temannya kukira yang sehati sejiwa, sehidup semati. Selayaknya aku gelarkan mereka kekasih yang setia menjadi matanya. SEBATANG TONGKAT. Langkah disusunnya cukup berhati-hati tapi laju dariku yang dikurniakan mata yang paling indah buat diriku. (Rugi betul tak masuk Peraduan INNERSHINE Pati Prune.Mesti menang.Hahahaha..Riak dan perasan....)...Berbalik pada insan tadi, dia medahului aku hampir 10m jauhnya.Langkah aku mungkin sedikit goyah kerana aku sakit tulang belakang ”PID”.Mungkin itu yang menjarakkan langkah aku dengan dia atau sememangnya Tuhan memberi kelebihan kepadanya yang kita orang biasa tidak miliki.Sampai ditempat menunggu train dia telah tercacak menunggu tapi jauh kebelakang. Mungkin sedikit gusar dihatinya untuk maju ke depan kerana bahaya mungkin. Manusia yang lain hanya melihat dari jauh. Sepi tanpa menolong. Wajah mereka muluk-muluk kulihat tapi entah.Mungkin sibuk melayan perasaan. Si Buta tadi kutarik perlahan ke depan. Biar aku pula menjadi MATAnya.Itulaa tiap kali terjadi jika aku melihatnya dan setiap pertemuan beginilaa 1st and 3rd door of the train aku lupakan kerana Si Buta ini berada pada pintu no 2. Tuhan itu Maha Esa.Train kukira agak lengang.Mudah bagiku untuk berdiri tanpa dihimpit bau Abdullah, Ahmed dan Karem dari Bangladesh dan bapak-bapak dari Indon. Jika aku bersendirian menaiki train, crowded dengan foreigner. Mat Salleh yang selalu kulihat bertiga ke KLCC-seorang Brazil, sorang dari England dan sorang lagi kukira dari Perancis berdasarkan loghat diorang pakai ketika bercakap. Kadang-kadang mata nakalku sering bermain dengan mereka sehingga satu masa aku berbalas senyuman.Hehehehe...Ensem tuhhh..Kadang-kadang penuh dengan budak UIA dari Asia Barat. Masing-masing ada agenda sendiri untuk dipenuhi hari ini. Si Buta tadi kutolak ke tengah. Senang baginya untuk berpegang. Terdengar suara dari belakang bertanya hendak kemana. Cukup mesra kukira. ASIA JAYA jawapan yang pendek dan ringkas dari Si Buta yang sehingga hari ini aku tidak pernah bertanya namanya. Si Polan yang bertanya menarik Si Buta tadi ke tempat yang semua orang di dalam train itu tahu selayaknya tempat itu adalah buat dirinya, buat Si Ibu yang menambah umat Nabi di dunia dan buat nenek dan datuk kita hormati. Sekalipun manusia di dalam train tu taktau membaca kerana kebodohan masing-masing biar pun kau ber “neck tie” hensem dan berbaju cantik, bekerja di tingkat 44 KLCC tapi hanya menunduk ke lantai train menilik kasut Pedro yang di beli minggu lepas atau bagi Si Jelita melihat wedges Gucci keluaran musim luruh yang lepas. Tidak seorang pun berdiri memberi tempat sehinggalaa Korean Man yang duduk jauh di hujung berdiri “sorry sir”. Kesal............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment