BLOG KE-2 - WEDDING

Friday, January 30, 2009

RAYA CINA, KENDURI KAWIN DAN DIA……….

January 23, 2009
Aku balik kampong sbb Chinese New Year. Aku balik 1 hari awal dari yang septtnnya. Biasa laa orang kita, Cina nak raya pun xbalik awal macam aku. Hahaha.....Time-time cuti ni laa banyak laa plak knuri(kenduri) kamwin. 1hari sampai 2,3 tempat kena g. Kawan-kawan sekolah rendah. Tu blum lagi jemputan orang-orang kampung jiran tetangga. Masalah negara nih bagi aku. Bukan apa nak kuar cari hadiah yang malas.Paham-paham jelaa Kelantan time cuti raya ni jalan sesak jangan cita. Tak kira laa Raya Puasa, Cina, Deepavali @ X’mas. Suma nak cuti. Tambah-tambah raya Cina plak dekat-dekat ngan Hari Wilayah. Sah-sah orang Kolumpo cuti lama. Tapi demi kengkawan punya pasal aku cuti gagah gak g Kota Bharu sehari sebelum raya Cina. Mak aii jalan bersusun keta. Tu pun amik highway sesak jangan cita. Aku rasa keta macam xgerak. Aduhh....Nak g Tesco macam takut plak. Diorang cakap xleh beli kat sana. Kedai Israel. Aku rasa x. Check-check mmber cakap x. Boleh laa. Takat nak beli rak kasut ngn kettle bagi hadiah dapat jimat belanja.Hehehehe....Ekonomi gawat ni.Perjalanan ke Tesco amik 15minit aku rasa dekat 1 jam ½ gak laa dok merangkak kat jalan. Nasib baik parking dapat. Selesai beli hadiah aku cepat2 cabut balik.
January 26, 2009
Hari ni kawin baik aku masa sekolah rendah nak kawin. Kawin gak Nasir. Bini dia nama xsilap Mazrin Irina budak sekolah Tanjung Bunga. Antara sekolah musuh masa dulu-dulu.Jangan marah Irina.Huhuhuhu.....Kenduri kawin boleh tahan meriah. Siang ada silat, malam ada karaoke. Yang karaoke aku xg sebab malam akhir aku ngan family b4 balik KL.Cedihnya.....Berbalik pada cita kwn aku yang kawin nih mmg best. Sempat gak laaa diorang dok tembak aku suh kawin. Terkenalaa palk aku...Bukan xnak kawin xda yg sesuai lg. Lgpun korang pun dah baca episode WHY I STILL SINGLE kan?? Tapi sedikit terasa laa bila kawan2 suma dah kawin. Aku plak dok solo molo nih. Pikir2 masa free baik aku further study masa single nih. Senang…..Bila selesai makan amik gmbar aku cabut balik.Panas plak dok lama-lama bila kuar isu kawin. KORANG RASA MACAMANA?PATUT TAK AKU TERUS MENERUS MACAM NI ATAU CARI PENYELESAIAN? KE AKU KENA JADI MANUSIA MENUNGGU BUAH TAK JATUH?BULAN SEMESTINYA TAK JATUH.
Malam akhir aku kat umah aku dapat sms dari dia yang aku kejar dan terus kejar tapi tak dapat dan akhirnya aku malas lagi nak buang masa, aku GIVE UP “dah tido?”. Aku reply pendek tapi jelas “blum”. Dalam ½ jam kemudian around 11pm dia call. Seperti biasa dia akan bercakap lebih dari aku walaupun aku dikenalinya sebelum ni Loyar Buruk. Dia bercerita dan bercerita. Dari kerja, kepada isu balik kg, isu beli rumah dan last sekali isu hangat “KAWIN”. Aku cakap aku mmg nak kawin n aku nak kawin ngnn dia. Macam desprate laa plak.Entah.Aku pun xtau tau kenapa blh kuar ayat yang aku kira berani mati. Dia terdiam dan mungkin teruja.APA??TERUJA??? Oh,tidak…. Aku cakap aku dah cuba couple ngan orang lain, alih2 aku mintak putus dan dia yg aku ingat. Jangan ko guna-guna kan aku dah laa Fadli. Hakikatnya aku lebihkan hati aku padanya. Jawapan dari dia cukup ringkas tapi sarat dan padat “mungkin jodoh kita berdua dan saya akan balik jumpa awak”. Aduhh…Sakit kepala laa plak bila piker. Senak dan menyesak seperti aku hirup asap bas Metro kat depan KLCC. Adakah keputusan aku tiada khilafnya?AKU NAK JAWAPANNNN…………..

2 comments:

Anonymous said...

mmm,it is complicated when it comes to love, tapi aku pasti hari 'itu' akan tiba juga, dalam cinta ni, ultimate goalnya, of course la getting married, tapi pada aku perjalanan untuk sampai ke tahap tu adalah seolah2 satu perjalanan melintasi sebuah jambatan

Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

cookie devine said...

Tima kasih. dalam maksud tuh. Jenuh nak paham.