Dah abih cinta monyet beralih plak cita bercinta lepas sekolah. Masa ni baru abih SPM. Tak dapat g U.Jadi mak aku hantar gi tuisyen BI. Mmg ni peluang aku nak sangat, blh mengular. Maklumlaa xpernah naik bas g bandar.Dari saat nilaaa bermula segala cerita. Aku ngorat budak ni kaw-kaw dan akhirnya aku dapat miliki.Cam sial je ayat nih.Huhuhu...Aku mulakan step paling mudah masa ngorat dia. Aku tengok dia lama-lama dalam bas kebetulan kami dalam satu laluan sama ke tempat nak di tuju. Jadi masa nak tenung menenung ni jadi mudah kerana aku naik bas dahulu baru dia. Kes ni berlanjutan sampai aku amik Form 6 kat SIS. Masa ni masih galak lagi dok kacau budak tu. Dalam bulan Nov 2001 aku dapat further study kat UITM Pahang. Masa ni dah start angau. Siang malam bergayut tak ingat. Time nak tolong mak potong bawang gayut, time tgk tv gayut, time nak tido xyah cakaplaa.Wajib. Bila dapat offer further study tanya dia dulu bukan parents. Teruk kan? Sayang punya pasal. Budak ni suh aku g. Dia ckp ni laa peluang nak belajar tinggi. Jangan jadi macam dia setakat sijil je. Aku g laa study.Dari UITM Pahang aku dapat transfer ke UITM Sri Iskandar, Perak. Mase ni ngah panas api punya cinta. Tiap 2minggu mesti cabut balik Kelantan. Nak jumpa dia punya pasal. Dia lak ngah belajar gak. Dalam 2 tahun aku ulang alik dari Perak – Kelantan, aku rasa macam bosan. Tak tau apa yang aku bosan. Lebih pada bosan kerana rutin yang biasa – biasa aku lalui bila bersama dia. Dia pulak sudah bekerja setelah tamat sijil dan tidak mahu lagi sambung belajar. Aku rasa semua ni macam tak berbaloi jika terus bersama sedangkan hati aku memang dah kosong. Takda rasa apapun.. Jalan paling baik tapi aku kira tu yang paling bodoh aku lakukan ialah aku xjawab call dari dia, bila balik kg aku tak bagi tau dan aku terus diam tanpa apa-apa sebab. Jenuh dia cari aku. Dia call mak aku tanya pasal aku.Actually budak ni baik ngan mak aku. Kalau aku nak kuar ngan dia mme phone no dia ada dlm tgn mak aku. Dlm setahu dia cari aku tak dapat gak cakap ngan aku. Lama-lama dia give-up. Apa yang aku tau dia bawa diri kononnya jd askar dan training kat Negeri Sembilan. Kat sana rupanya dia tak putus asa dan masih cuba untuk bersama aku. Akhirnya dia dapat gak cakap ngan aku tapi aku lebih senyap membisu. Lama-lama dia mungkin sudah berputus asa. Akhirnya cerita cinta tenung menenung berakhir dengan cerita yg aku kira gak kejam aku lakukan pada diri dia. Sampai satu masa aku cukup sedih kerana membuat org lain rasa tertipu selama 3tahun kami bersama.
Pada tahun 2005 bila aku abih study aku pulak ingin menyambung balik apa yg aku putuskan dulu. Dan dia pulak tawar hati. Seorang lelaki yang buat aku tertawan dan hilang dan aku mahu tawan dia pulak hilang sekali lagi. Lelaki yang buat aku lekat padanya selama 3 tahun tanpa ikatan yang buat aku tiba-tiba ingin menawannya semula. Aku gagal besar. Aku hanya berusaha sebentar sahaja sehingga satu masa aku berputus asa dan terus hilang minat untuk mejadi Cleopatra atau Siti Zulaikha. Aku pikir aku sudah membazir masa yang sangat lama dan aku tidak lagi mahu membazirkannya. Dan kini setelah aku hilang sekali lagi dia pulak datang mencari.Why?.......To be continued

No comments:
Post a Comment