BLOG KE-2 - WEDDING

Tuesday, March 2, 2010

..::Cik Cookie = Are we live happily ever after?::..


Lately Kuala Lumpur panas sangat.Sangat panas.Global warming yang sedang hangat diperkatakan sekarang selain kisah dera yang menyayat hati.
Dan kerana global warming Cik Cookie sempat tgk The Making of Hot Summer Day.
Best ahh cita cina tuh.Harus tgk kan.Cita cinta musim panas.
Sekarang xmo preview cita tuh tapi nak cita pasal apa yang Cik Cookie dengar radio pagi nih ms g kerja. Xtau radio apa sebab Cik Cookie memang susah sgt nak dengar radio bahasa Melayu. Bukan berlagak tapi memang radio bahasa kebangsaan susah nak dekat di hati.
Jujur ok..

Station nih macam ada tazkirah laa pagi.Ada seorang ustaz akan dijemput untuk pagi tazkirah.Tajuk hari nih pasal "Adakah cinta (perkahwinan) itu jodohnya sehidup semati?". Lebih kurang macam tuh laa. Ustaz tu cakap sejauh mana pun keinginan kita untuk hidup bersama ngn pasangan akan terpisah jua dengan kematian samada kita pergi dulu atau pasangan kita dulu.

Macam kisah Rasulullah dan Siti Aisyah sewaktu mereka bermesra satu hari.
Siti Aisyah membaringkan kepalanya pada riba Rasulullah S.A.W membelai isterinya sampai tertido. Dan Siti Aisyah yang memang dikenali dengan isteri penyanyang mengambilalih tempat Rasulullah dan memangku Rasulullah kembali.

Saat tu Siti Aisyah terfikir adakah dia akan bersama Rasulullah bila di alam lain nanti. Dan jika di dunia nih dia dikira beruntung kerana menjadi isteri kesayangan Rasulullah dan isteri yang muda yang disayangi adakah nikmat ini akan bersama Rasulullah selepas ini.Sedangkan kita semua tahu Siti Aisyah memang telah dijanjikan syurga oleh-Nya.

Sampai menitis airmata Siti Aisyah mengenangkan apa yang berlaku akan datang dan airmata tuh jatuh tepat ke muka Rasulullah sehingga baginda tersedar dan bertanya apa yg berlaku kepada kekasih hati baginda itu.

Sampai situ je Cik Cookie dengar sebab dah sampai opis.Kisah nih menyebabkan Cik Cookie terfikir mengenai pasangan hidup kita.Apakah perkara yang diucapkan sebelum perkahwinan atau satu ikatan tuh ditunaikan selepas sebuah ikatan tuh disahkan? Apakah ikrar yang kita lafazkan betul-betul ikrar yang akan kita lunaskan?

Ini kerana perkahwinan pada waktu ini banyak berlandaskan tuntutan nafsu dan kehendak batin sahaja serta menutup pandangan masyarakat luar mengenai siapa kita. Akhirnya kisah perkahwinan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan itu berakhir dengan lafaz cerai.

Cik Cookie tak pernah fikir sejauh ini kerana setiap hari Cik Cookie selalu menganggap perhubungan itu harus berakhir dengan kegembiraan seperti kisah Cinderelaa - they live happily ever after. Sedangkan perkahwinan itu menuntut kita berusaha kearah kebahagian dan kemakmuran dalam institusi itu dimana kita akan melengkapi kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Menjadi contoh terbaik di mata anak-anak.

Kalau kisah Rasulullah S.A.W ngn Siti Aisyah tuh ada sedikit salah Cik Cookie memohon maaf sebab dengar sambil drive.Kira ok la dari DRINK and DRIVE kan??

38 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye...
contohi baginda...
segala nya akan mudah...
mudah²an...

♥ Juliana Violet ♥ said...

touching sangat baca entry kali nie...
rasa sedih pun ade cik cookie...
=(

Seimura said...

oh radio chanel mana hang dengar tu?

Anonymous said...

romantiknya kisah cinta Rasulullah

cik selamah kundang said...

tacing....terdetik jua dihati..

JMR said...

nak kawen senang, nak menghayati erti kawen tu yang ramai yg tak mampu nk bwt..

[s][u][e][h][a][n][n] said...

tetiba terasa sedih lak bila baca...bukan semua orang boleh buat sebagaimana yang Rasullullah buat..

abu muaz said...

ok la tu.. dah dapat menambah pengetahun.

NUNU EERA said...

bukan mudah mencari kebahagiaan yang kekal abadi..

Fiq said...

drink n drive ok lagi sebab minum 2 boleh jadi sebarang air. tapi klu DRUNK n drive bru tak kena...=)

yohteh said...

...jom INSAF..!!!

wanita mutalib said...

.... :(

mr.kordes said...

=)

cayalah cik ccokie!

AJ said...

cantik gambar itu..romantik...like it

vidadarisakura said...

eh.tajuk ko sama ngan entri baru aku.kakakaka


ok komen entri.haa itu yg kita nda tahu.hee

Naz said...

berfikiran jauh nie... :D

Cik Cookie said...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
Baginda contoh yang yang terbaik.

Cik Cookie said...

Vee Violet
cc YNG DENGAR LIVE LAGI TOUCHING MAOUCHING

Cik Cookie said...

seimura
XTAU RADIOM MANA.IKIM FM ADA X?

Cik Cookie said...

Lifesaver
BOLEH PRACTIC DLAMA DAILY LIFE NIH PUAN CAPA

Cik Cookie said...

cik selamah kundang
HARAP KISAH CINTA KITA PUN TOUCHING GAK.HUHUHU...KITA???APAKAH?

Cik Cookie said...

JMR,
AKU SETUJU.90% SUSAH NAK APPLY NIH.

Cik Cookie said...

[s][u][e][h][a][n][n]
TIRU SKIT2 PUN JADI LAA.SIPI2 ORANG KATA.

Cik Cookie said...

ABU MUAZ,
PENGAJARAN MELALUI PENDENGARAN ABAH.

Cik Cookie said...

NUNU EERA
HARAP KITA BERTEMU YANG ABADI.AMIN..

Cik Cookie said...

fIQ,
STAKAT NIH XNAH DRUNK N DRIVE..

Cik Cookie said...

YOHTEH,
MARI2 SECARA BERJEMAAH.

Cik Cookie said...

Wanita Itu
SMILE MY DEAR.

Cik Cookie said...

PAKCIK KORDI,
:*

Cik Cookie said...

Eyriqazz
THANKS

Cik Cookie said...

vidadarisakura
HARAP SAMPAI APA YG INGIN DISAMPAIKAN

Cik Cookie said...

nAZ,
JAUH UNTUK MASA DEPAN

kurniawan.q said...

jadikan contoh

kurniawan.q said...
This comment has been removed by the author.
mamai said...

bila cc nak antar kad jemputan

Naddylicious said...

Bagus cth cik cookie bg nih..
kdg2 kita tak tahu perkahwinan tu sbnrnye atas dasar ape? ksh syg ke, nafsu ke atau harta...
mata kasar tak boleh bg jwpn yg sebenar..hanya iman je jd penentu atas dasar ape pkahwinan itu d dirikan...erkk, sy blom kawin tau. just bg pdgn jer..hehe....
Nway, sy dh jd follower cik cookie. if sudi, jdlaa follower saya juga.. thx! harap2 bila dh btmbah kwn, btmbh laa jgk ilmunye.
http:naddy28.blogspot.com

Naddylicious said...

td silap...ni yg betul punye:

http://naddy28.blogspot.com

el said...

kisah Baginda tu byk kali dah bc..sebak mmbc kisah2 beliau...huhuhu
atas kita dan pasangan kita..kalo cinta dan niat kita nak hidup bersama..insyallah terusan smpi akhir hayat..dan insyallah smpi ke shurga...
sapa yg x suka kalo hidup bersama org tersayang smpi akhir hayat kan..pikir2lah