BLOG KE-2 - WEDDING

Monday, March 8, 2010

..::Cik Cookie with Soulmate::..

Sejak 2 menjak nih rajin lak nak update blog dan FB.Kalau boleh setiap sejam nak update--->apakah gila aku makan gaji buta kalau ngadap blog dan berFB 24jam.Sebetulnya keja banyak dah settle.Masuk keja terus buat apa yang patut.Settle siap-siap.Nanti kalau bos tanya takdelaa Cik Cookie guna bahasa beruk nak menjawab---uk...ak...uk....ak.Muka bos pun takde laa kelatkan dengar jawapan yang tak semenggah dari Cik Cookie.Sebelum lunch keja pun settle.Yang paling malang seminit nak lunch dapat plak keja baru.Ini boleh menaikkan amarah.Nak-nak cuaca tak berapa stable.Cuaca kan boleh mempengaruhi emosi kita.Ye kan je ok...

Cik Cookie makan-makan ngan kawan semalam kat Juita Tom Yam Kampung Baru.Banyak laa dok gossiping,discuss dan bertegang urat kan pasal hal rumahtangga.Pada hal haram pun Cik Cookie xleh nak bangkang sebab Cik Cookie takda pengalaman nikah kawin.Huhuhuhu....Tak kisahlaa...Rupanya banyak benda yang kita tak tau melainkan kita lalui sendiri.Akan tibalaa detik tuh satu hari nanti.Lambat ngan cepat je.

Banyak rupanya perbezaan antara kita dengan pasangan kita boleh jadikannya serasi untuk hidup ngan kita. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan dan ini melengkapi 1 sama lain.

Tiba teringat dia nih.Memang dia cerewet gila.Bayangkan ngah dating makan nasi bungkus ngan air sirap hari tuh kat kedai dia.Cik Cookie cam biasa laa kan makan je.Adalaa nasi sebiji dua jatuh kat bawah.Mungkin Cik Cookie tak sedar.Bila selesai makan dan tengah kemas meja "sayang,tuh nasi kat bawah meja".Cik Cookie memang tak nampak ok.Ada 2biji.Agak-agak masa makan harus laa dia perati Cik Cookie nganga luas manakan?Ini sedikit sebanyak Cik Cookie fikir dari sudut positif mungkin ini yang terbaik.Sekurang-kurangnya rumah terjaga berbanding ada pasangan yang makan, kenyang dan tinggal bersepah-sepah.Hasilnya bini gak yang kena marah sebab tak bersihkan.Sekurang-kurangnya dia tegur gak kan dari dia pendam.

Itu belum lagi masa kitorg sama-sam wat keja kongsi meja.Site dia elok je susun rapi segala pembalut gula-gula, cd,pendrive and buku.Belah Cik Cookie ngan botol 100plus ke mana, pembalut gula-gula merata,kunci keta entah kemana.Then Cik Cookie g semayang Zohor.Bila dok balik, site Cik Cookie elok je susunatur.Gila malu tapi Cik Cookie buat cam taktau.
Itu belum lagi tang suar baju kena basuh.Semua diasingkan ikut catagory rumah sukan.
Boleh ke nak hidup ngan orang macamni.Sigh...
Bila difikirkan balik ini semua untuk kebaikan.Bayangkan jenis laki atau isteri yang buat ikut sukahati je.Si Laki suka letak stoking merata-rata, tang spender bergulung tepi katil dan baju keja entah kemana.Yang bini pulak baju kurug keja selonggok tepi pintu, ngan baju kecik bersidaian. Sekurang-kurangnya perkara nih boleh diimbangi dengan adanya seorang yang agak cerewet dalam hidupnya.

Hidup berumahtangga atau ngah mabuk cinta nih kena ada give and take.Jika masa bercinta elok je semua di mata, lepas kahwin semuanya terbongkar.Letaklaa diri kita sepertimana kita sekarang. Mungkin ada yang kita perlu menutup kelemahan kita tapi tak salahkan jika kelemahan tuh kita baiki dari masa ke semasa.Mungkin tidak berubah sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik dimata pasangan kita. Tak terbaik di mata pasangan kita sebaik-baiknya terbaik dimata kita.Puaskan hati kita sebelum kita puaskan hati orang di sekeliling kita.
Setiap manusia akan melalui fasa kehidupan yang berbeza. Berjaya hubungan terletak pada diri kita yang mencorakkannya selebihnya terletak di tanganNya.Berusaha untuk jadi terbaik. Jangan mengalah kerana yang kalah itu rugi.Nak-nak orang yang tak pernah berusaha untuk mengubah dirinya sendiri tapi ketawa melihat orang lain jatuh.Sekurang-kurangnya orang jatuh itu sentiasa melakukan yang terbaik dari kita tidak punya apa-apa.
Teringat seorang teman bercerita petang tadi ---> Dari kenaikan sehingga keturunan, aku tidak mendapat kedudukan.Bagaimana nak dapat kedudukan kerana kamu tidak berusaha dalam kehidupan.

15 comments:

cheryna zamrinor said...

sha boleh rasakan yang CC sangat2 in love skang nieh:)

hans said...

itulah kadang2 kena pandai tolak ansur

missdiya84 said...

yup setiap pasangan yg berkahwin mesti ade pro n contra..barulah melengkapi antara satu sama lain bak kat org tua2 lah

sharamli said...

CC
cepatla kawen..nanti leh lawan debat pasal um0h tangg0..hak3

abu muaz said...

orang tua kata tolak ansur penting dalam kehidupan rumahtangga niii...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

btol kate cc tue...
semeua terletak kat kite...
diri kite...
jgn kate takdir or ape kan...
hehehehe...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

ermmmm cc tgh hangat berchenta ke skarang ni??? heeeeeeee

fuhhhh kehidupan berumah tangga..adehhhh :p

wanie said...

mmg betui pown pe yg CC ckp.. anyway, x sabar nk tgk CC bina masjid nie......

JMR said...

tu psl Tuhan bg dua unsur - positif dan negatif untuk saling melengkapi..

jemarisepi said...

ko mmg sker bersepah & penyepah...hahahhaha...PADAN MUKA ko..kejam x ayat akak...
sekarang baru ko bertemu buku & ruas dik non...
So lepas ni rajin2 berkemas,bersih apa yg patut..jgn nak harapkan org lain nanti abg mutak marah...kui kui kui

et said...

hik3.tak sangke ade lelaki kemas macam tu.

mr.kordes said...

bgtau boss cc kuat ngular...hahahaha...

mamai said...

hidup kena balance

Amieynna Amin said...

setuju2..
kekurangan dia adalah kelebihan kita..
trade in..
kalau da 2 2 ada kelebihan..
2 2 blagak bagus..

Anonymous said...

perhubungan tu mesti vice versa..baru la saling melengkapi