BLOG KE-2 - WEDDING

Monday, August 31, 2009

..::Mari kita kongsi Cinta Violet::..

Ada org mintak tlg.
*
*
*
Nak tolong ke x?
*
*
*
Nak tolong ke x?
*
*
kena tolong sbb Cik Cookie baik.Sangat baik.Hhehehehe.
Alkisahnya ada budak tecik mtk tolong ngn Cik Cookie.Nampak gaya masalah nih mmg sgt kritikal pada siapa yg pernah lalui.Salah sorgnya Cik Cookie laa yg pernah merasa pahitnya ditipu oleh org yg sgt kita syg.
Betul kata org,
" jika kamoo syg kpd sesorg tgglkan sedikit rs benci buatnya.Kerana sekali syg kamu dikianati, semua syg dan cintamu mati.Dan apabila cintamu mati sgt ssh utuk diubati."
Chewaahhhhh....Berpalsapah Cik Cookie.Tapi itulaa hakikatnya kepada mereka yng sering tersungkur dalanm diari percintaan.Kita selalu letakkan harapan yng tinggi pada org yg kita sayang.Dengan harapan dia adalah peneman kita di kalangan sunyi, bahunya sebagai tempat menghilang nangis dan senyumannya penawar hati.(Nampaknya topik kali nih Cik Cookie knserious skit).Seriouskah aku?Sape knal Cik Cookie diorg tau Cik Cookie menjadi sgt serios dlm 1,1 perkara.
Buat Violet, kamoo masih muda.Sangat muda utk menangis kerana seorg makhluk bergelar lelaki.Perjalanan hidupmu masih panjang.Cinta kepada lelaki yg tidak menghargai diri kita adalah sesuatu yg merugikan.Baik airmata tu kamoo gantikan dengan airmata kegembiraan didalam hidup kamoo.
Tidak semestinya bercinta 4tahun dia adalah lelaki yang kamoo akan naikkan darjatnya sebgai suami kerana kita maklum lelaki yg kita dambakan adalah lelaki utk dijadikan suami bkn part time BF.hehehehe...mgkin terlalu muda buat kamoo tapi itu yg kamoo selalu fikirkan kan?
Bagi Cik Cookie kamoo sudah cukup bertuah kerana masih belum terlambat utk menemui cinta baru.Cuba bayangkan kalau kamoo sudah hidup bersamanya dan dia bertemu dgn perempuan lain.Apa kamoo rasa?Lagi merana stakat kamoo pts cinta.Untuk menghadapi masyarakat luar lagi menyakitkan.Ada yg kapel bgi nak rak tapi xberikat pun.
Jadi buat kamoo Voilet yg Cik Cookie sayang, jgn mencari cinta, biar cinta yg cari kita. Jangan kamoo merana kerana putus cinta tetapi raikannya kerana kamoo sempat merasa nikmat bercinta di alam remaja kerana zaman remaja adalah zaman yg indah.Cinta xsemestinya bersatu.


..::Nak alamat blh?::..


Untuk follower Cik Cookie yg Cik Cookie sayang semua.Raya nak dekat kan,jadi blh x sape2 bg alamat.Mgkin ada kesempatan blh Cik Cookie sent kad raya.Sent alamat kamoo ke email Cik Cookie ekk beserta nama kamoo.

cookiedevine83@yahoo.com

xbest laa xda kad raya.macam xraya.

..::Kena Tag ngn Imheppie::..


Cik Cookie tag lagi.Kali nih jadi mangsa Imheppie lak.Sahur ngn tag laa gamaknya hari nih.Mau kenyang sampai 2hari.Meh kita tgk apa yg nak di tag mengetag nih.


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
AKU..SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

kENAPA?Cik Cookie rasa byk yg kita dah lalui,sedang lalui dan bakal lalui.Hidup kat dunia nih adilkan.Jadi wajar laaa Cik Cookie kongsi gdengan kamoo semua yang Cik Cookie sayang.


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://musangthecat.blogspot.com

Blog ni sempena nama kucing Cik Cookie yg mati kena selsema.Nma dia Musang tp dia adalah kucing.Jadi kamoo diluar sana jgn tertipu.


3)Apakah method penulisan dalam blog anda?
Semua ada.Merapu and meraban pun ada.Cik Cookie suka bercerita.Tentang diri Cik Cookie,pengalaman Cik Cookie,cinta Cik Cookie,kemarahan Cik Cookie,azam Cik Cookie, kawan2 Cik Cookie.(kecoh jer.macam dia sorg ada blog Si Cookie nih--->>ado aku kesah?)

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Xnah pikir pun .Xnah sm sekali.Bengong apa nak close dah penat2 bg idea tetiba je ada rs nak delete.X moo laa.

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
Blog budak nih sgt cumelll.Rainbow2 giteww.Sangat jeles ngn blog dia.


6)Senaraikan 10 orang yang akan anda TAG. (8 dah ar)

Sangat laa tidak adil nak bg 10 sebab Cik Cookie syg kamoo semua.Sebagai tanda sayang and chenta serta adil dan saksama,kamoo semua wajib buat wahai follower.


..::Hari Ini::..



Hari rs cam sonok sgt.Lebih krg lagu STUPID CUPID laa gayanya.Cam nak melompat2.
Nak tau nape?
Hari nih kuar berbuka ngn photographer iteww.
Semalam mmg plan dtg umh Cik Cookie.Jadi Cik Cookie pun masak kaw kaw laa.1 blok blh dengar Cik Cookie berperang ngn kuali n ada dengar cita budak sebelah nak pengsan bau sambal tumis petai Cik Cookie yg manis sbb lori gula terbalik dlm kuali.Then goreng sotong kunyit and sayur.Pastu grg ikan masin.1 taman bau.hohohoho...
Alih dia xdtg sbb cuaca yg mcm xizin.Frustnya.Cik Cookie majuk.Geram sgt.Sakit hati jgn cita laa.
Nak je buang dlm tong smpah semua yg Cik Cookie masak.
Dia sent mtk maaf and mintak ampun.Cehhh.jgn harap aku maafkan.Marah ni tau.
Last dia dtg umh.Amik makanan Cik Cookie masak.
Wahhh...cam terharu lak.Pandai ko nak sedapkan hati aku yg berapi.Kurang asam pya budak.Jadi Cik Cookie tapau laa supaya photographer tuh wat sahur.
Jadi berbalik cita buka pose hari nih kol 3 ptg dah kuar.G Sg Wang cari bandana Adidas sebab lepas pose nih kembali ke Tasik Titiwangsa.Nak kempiskan apa yg kembung.Sepanjang dok KL ni laa 1st time Cik Cookie g situ dan yg pasti bau dlm tuh busuk.Yurksss...
Cari pya cari xda.Kuar masuk sport shop xjumpa.Dari Al-Ikhsan sampai kedai yg ntah apa2.Yang ado hya Nike.Xsuka.Xchantek.
Then g Adidas kat Pavillion.Besar2 Adidas tuh xda.Sedeyynya.Alih2 beli botol air Reebok je.RM19.90.Btl macam botol air mineral tapi mak aiii regenya xnahan.Tapi sebab btl air lama cam dah xbest nak pki jd amik jugak.
Dia??Lebih pada kasut bola n beg nak ltk baju.Choiii....
Then g Kg Pandan sebab dia beria nak buka kat situ.Cik Cookie nak telur itik masak lemak.Kat restaurant tuh mn ada.Ni yg gedik nak majuk2 nih.So usaha gak laa cari telur itik tuh.Dari kg pandan sampai ke Ampang Point.Hasilnya nan ado.Sodehnya...
Jadi yg mampu dibeli kuih pelita utk dia and kuih tako utk Cik Cookie.
Kat kedai mkn order tomyam, telur dadar, ikan 3 rasa and kailan ikan masin.Cik Cookie nescafe and dia jumbo juice oren.Order berbagai tapi xabih.Membazir je...Nasi pun bg dia 1/2.I kan diet you.
Abih buka,smyg Magrib kat surau sebelah.Then trus g Tesco Ampang.Cari brg dapur Cik Cookie.Amik ko..Aku suh tolak trolley.Macam laki bini beli barang dapur plak.Hahaha..Tanda awal tuh...Malam nih tido mesti kuar air liur basi sebab mimpi dia.Ngehngeh.....
Siap semua dalam kol 10 lbh and yg pasti dia berkejar lak nak tgk bola and jmpa kawan-kawan dia.Game ape ekk?Real Madrid ke?4-0 kan mlm td kan?

-->sokong team Kg Parit Sulong.



..::Selamat Hari Merdeka::..


Salam Merdeka buat kamoo semua yg Cik Cookie syg.Merdekakan jiwa kita sblm merdekakan org lain (apa mksd ayat nih?Cik Cookie pun xpaham).
Yang ptg jiwa dulu.Hari ni g jalan2 kat Sg Wang rs mcm jalan kat negara lain.Anak2 muda kta dah hilang Merdeka.Semuanya moden n up to date.Kesian mereka-mereka iteww..Mgkin semangat jati diri ada Cik Cookie xnmpak.Apapun slmt hari merdeka.
Jadilaa bangsa yg maju ke depan.