Kisah bermula setelah tentera Jepun mengalahkan tentera Belanda di Indonesia, dulunya dipanggil Netherlands East Indies dalam Perang Dunia Kedua, termasuk di bahagian timur Asia.
Ayahnya Maria, Sarjan Adrianus Petus Hertogh menjadi tawanan perang tentera Jepun dan ini membawa kesengsaraan kepada isterinya Adeline Hunter, seorang wanita Serani yang lahir di Pulau Jawa.
Adeline anak seorang warga Scotland, bernama Hunter, yang telah bermastautin di Jawa dan berkahwin dengan seorang gadis Serani bernama Nor Louise, ketika itu pelakon bangsawan Bolero Opera Party.
Nor Louise meninggalkan suaminya ketika Adeline berumur lima tahun dan berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Radin Ismail, juga pelakon bangsawan.
Adeline kemudian menjadi anak angkat sebuah keluarga Indonesia dan dipelihara sebagai orang Islam hingga berumur 15 tahun. Hal ini dicatat dalam sebuah buku berjudul Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh oleh Tom Eames Hughes, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura pada tahun 1950.
Ertinya, menurut Hughes lagi, Adeline dan anaknya Maria mengalami pengalaman sama pada peringkat awal hidup mereka. Keduanya menjadi anak angkat orang Islam. Adeline kemudian sukarela masuk agama Kristian manakala anaknya Maria dipaksa berbuat demikian.
Dalam perbicaraan di Singapura kemudiannya Aminah memberitahu bahawa Maria telah diserahkan menjadi anak angkatnya oleh Adeline pada tahun 1942. Pada waktu itu umur Maria belum sampai 6 tahun. Antara lain Hughes menulis:
“Maria sendiri tidak berapa ingat bila ia menjadi peliharaan Aminah. Menjelang tahun 1950 ia hampir melupai ibu bapanya. Saya tidak kenal mereka, ia memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aminah adalah ibu saya... ia tidak ada anak-anak lain. Saya seorang saja anaknya, Maria menambah.”
Pada tahun 1947 Aminah meninggalkan Indonesia dan membawa Maria ke Terengganu melalui Singapura, lalu menetap di Kemaman. Hughes menulis: “Di Kemaman, Maria belajar di Sekolah Melayu Chukai selama dua tahun. Dia memakai baju Melayu tiap hari. Ia tidak tahu menggunakan pisau dan garpu bila makan. Dan ia belajar membaca al-Quran.
Pada tahun 1949 ibu bapa Maria meminta Konsulat Belanda di Singapura supaya mengambil balik Maria. Wang sebanyak RM500 ditawarkan kepada Aminah kerana memelihara Maria selama lapan tahun.
Pada tahun 1956 Aminah pindah dari Kemaman ke Singapura bersama Maria. Konsulat Belanda kemudian membuat tuntutan melalui Mahkamah Tinggi supaya Maria diserahkan balik kepada ibu bapanya di negeri Belanda.
Perbicaraan
Pada satu peringkat perbicaraan berikutnya Mahkamah Rayuan Singapura mengekalkan Maria dalam peliharaan Aminah. “Allah telah memakbulkan doa saya,” Dia menyatakan selanjutnya.
Keadaan bertambah kusut manakala berlangsung perkahwinan Maria dengan Mansor Adabi, yang berasal dari Kelantan. Perkahwinan dilakukan oleh Kadi Ahmad Halim. Waktu itu Maria berumur 14 tahun 5 bulan 9 hari, iaitu menurut kad pengenalan Terengganu TR156594.
Menurut satu laporan lain Maria dan Mansor Adabi hanya boleh bersatu manakala sampai umur 21 tahun.
---->> Ketika dikenali di seluruh dunia, Natrah @ Maria Hurberdina Bertha Hertogh baru 3 tahun berada di Tanah Melayu (1947-1950) dan berusia 13 tahun. Namun impak kehadirannya yang sekejap walaupun dengan umur yang muda itu sangat mengesankan orang Melayu. Bagi mereka, Natrah adalah Melayu dan Natrah adalah Islam. Jadi walaupun sekejap, walaupun muda atas nama Melayu atas nama Islam, Natrah mendapat kelayakan penuh untuk dicintai, dibela dan dilindungi.
Demikian juga kesannya bagi Natrah dan Mansor. Walaupun sekejap, walaupun baru berapa hari berkenalan namun cinta pandang pertama mereka kekal hingga ke akhir hayat. Mansor yang berumur 22 tahun semasa itu adalah seorang anak muda yang tulus hatinya dan sangat mentaati ibunya Che Wok.
Namun, perkahwinan itu mencetuskan pelbagai persoalan dari semua pihak. Dicatat seterusnya dalam buku Hughes: “Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dalam rencana pengarangnya mengingatkan bahawa kes Maria telah menjadi isu agama dan nasional, iaitu bukan lagi kes antara Aminah dan ibu bapa Maria saja.
Bagi Cik Cookie kisah Natrah amat meninggalkan kesan pada semua penduduk Tanah Melayu ketika itu. Bila Cik Cookie membaca kisah Natrah ianya meninggalkan tandatanga dalam diri Cik Cookie "Apakah Cik Cookie mampu mengharungi hidup seperti yang berlaku pada Natrah yang sentiasa rindukan Mansor Adabi?".
6 comments:
Cik Cookie, ini entri yang bagus!
Dik An, mekasih.nnt kita tukar2 ekk.
FENIN KISAH DIA NIH...KENA BACA DUA KALI NI...HIHIHI
JemariSepi,
ni cinta zaman Jepun.Ada dalam sejarah kita cuma ramai yg lupa.1 Tanah Melayu buat rusuhan termasuk Singapura.Xsilap hampir 100org t'korban.
nice!
kisah Natrah ni sangat memberi kesan kepada sistem perundangan kita jugak.. for Law Stud, kisah Natrah ni sangat familiar sebab kes natrah antara yang menjadi kes rujukan (leading) utk family law, age of majority, adoption etc..
Post a Comment