Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya
Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu.. Nasi yang disuap ke dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan
sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe
mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan
soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar
nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak
mati dalam pangkuan ibu saya..” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang
Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab
soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak
bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”.
Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang
Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam
hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah
bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita
mahu menghantar ibu ke Mekah..
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga
saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh
datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia
risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along
hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang
Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat
kisah lama tu..” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih
tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong
balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil
menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana
kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat
bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana
ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan
pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz
mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni
la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu
depan…” “Habis?.. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz
lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni.
Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya
sambil mengukir senyum.

No comments:
Post a Comment