BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, September 3, 2009

..::Jubah Untuk Ibu episode 1::..

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun.. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong.. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang
dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis
lagi kerananya.

5 comments:

sharamli said...

bu..bu..al0ng da insaf...

Cik Cookie said...

sha,
btl ke kamoo insap nih?

mamai said...

aku pernah baca citer nie tapi tak pernah jemu...memang sedihkan

mizz aisah said...

tak sabar baca sambungan cite ni.. nape ek along tu suka gaduh kat sek..

Cik Cookie said...

mamai,
sedey kan cita tuh bila bc ending dia.

mizz saifa,
bulan pose kn sabar k.