BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, September 3, 2009

..::Jubah Untuk Ibu episode 2::..

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak
dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu
lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu
ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak
dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan
biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena
pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu
kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak
pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang
tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya
ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along
mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya
terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah.
Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

1 comment:

sharamli said...

ibu ttp syg al0ng..sbb tu al0ng xpenah amek ati ngn ibu kn..