Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.
“ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah
dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak.
Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak
macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin
sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah?
Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun
sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk
macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut
dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran
kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau
marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu,
pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang
dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu
kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu
juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu,
Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata
tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun
di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along
dek kerana marah dan kecewanya.

3 comments:
alonglah yang paling disayangi ibunya.
abu muaz
Cik Cookie along dlm fmly.
along kena pandai amik hati mak dier.. susah kalu mak da merajuk.. huhu
Post a Comment