BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, September 3, 2009

..Wasiat buat ister::..

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat
semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa
amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah..Kira-kira 10 minit
kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai
pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi diatas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful...... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

doakan Cik Cookie jadi isteri yang solehah.Aminnn...


13 comments:

en_me said...

ghitewww..

Miss Moon said...

lorrrrrrrr ngan tekun ai baca ...

cerita yg bagus...di bulan poser neh

et said...

hurm..sedey deh kalu jumpe org gtu..al-fatihah ut arwah..
moge2 wanita itu insaf..
byk btol pengajaran dpt arini..

Naz said...

kemaafan dendam yg terindah...

Cik Cookie said...

en_me,
giteww laa ceritanya.

Kak Moon,
pedoman tuh kita sbgi kaum waniter.

ET,
harap dia bahagia.

Naz,
Cik Cookie nak mtk maaf ngn org2 yg Cik Cookie berdendam

missdiya84 said...

ermm sedihnye..hati lelaki tu punye isteri macam tuh..kire kemaafan tuh dah kire hadiah terbesar untuk dirinye..

doakan nad jadik isteri solehah jugak

Naz said...

kita maafkan saja semua orang... kalo ada kesempatan, minta maaf zahir batin kat dia... time rayer ni chentek jugak... ;)

Cik Cookie said...

MamaMask(nm br Cik Cookie bg),
Cik Cookie doakan kamoo isteri terbaik Incik Syafa.

Naz,
Btl tuh.kita kn maafkan.

Pak Karamu,
terima kasih singgah bapak.

~PakKaramu~ said...

Nak Komen lagi, bekas isteri tu susahlah aku nak jadikan bini hu hu hu

mamai said...

tapi kini sukar sekali...
bila isteri rasa di bagus dari suami
dan suami tak pernah berterima kasih

abang besi said...

pdn muka pmpuan tu..huhu..tu la..masa arwah hidup tk jaga betul2...

dpt keampunan dari arwaH PUN ok la...

hmm...

leh wat iktibar...

sharamli said...

sem0ga isteri ni insaf..
tp dah xde mkna lgik...

BUJANG SUSAH said...

hehehe... best