BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, December 5, 2009

..::Memahami Lelaki::..


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima? secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata ?aya cintakan abang? dan ?idak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ?..?.

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

Harap entry kali nih Cik Cookie xberat sebelah sebab selalu post pasal hal ehwal waniterrr saje.Dulu ada berangan nak jadi Menteri Waniterrr tapi nmpak gaya Sharizat beria nak Cik Cookie bagi laluan kat orang lama laa dulu.Cik Cookie muda lagi.

24 comments:

mamai said...

yang nyata hidup ini mudah tapi kita jadikan ia kompleks

[s][u][e][h][a][n][n] said...

aduhai lelaki..... mengapa amat sukar memahami kamu!!!!

tq cik cookie 4 the info :)

el said...

yes sokong komen mamai...

adibah said...

cikCookie, aku pernah dengar orang berkata "lelaki itu bukan untuk difahami... tetapi untuk beriringan"...

Lelaki.. semakin mau difahami.. semakin tak faham jadinya... kan?

MuhD NoR AzyM said...

Hoho..bagus ar entry ni.. ;p

Cuma bg aku, lelaki berfikir banyak menggunakan rasional berbanding wanita yg dicampur-adukkan sekali dengan emosi..

Hisham said...

i stuju ngn ape ckp tu...tq2..n tkcre

Cik Cookie said...

mamai,
yea btl pakcik.
sampai sekarang Cik Cookie xpaham kena bos kita suka bg bnda itu ssh sedangkan ianya senang.
dan yg pasti dia adalah Gen XY.

Cik Cookie said...

suehann,
fahami diri sendiri dulu syg
br kita fhm.

syg kamu...

Cik Cookie said...

el,
Cik Cookie pun sokong gak.
hehehehe

... said...

Salam. Pendapat saya lelaki dalam entri ni ialah lelaki Baby Boomers. Lelaki GenXY semakin kurang mempunyai sifat-sifat seperti itu. Apa pendapat Cik Cookie?

Cik Cookie said...

Adibah,
lelaki owhhh lelaki.
Cik Cookie pun ngak ngerti.

Fiq said...

Lelaki itu tetap lelaki, takyah jadi benda lain.

nway i agree with u cik cookie. jom makan biskut=)

Cik Cookie said...

MNA,
Lelaki 9akal 1 nafsu.
itu kelebihannya.
mungkin

Cik Cookie said...

Hisham,
Hi5 ekk..
u take care 2

Cik Cookie said...

...,
bang,Lelaki Gen XY tuh mcmn?
Podan ke bapok?

cik CumeY said...

betol2... cik cumey suke word yang last...

mesti jadik rakan baik kepada suami kan kan?

Cik Cookie said...

Fiq,
lelaki nak jd fundan mcmn ehhh?
hehehhe


Anyway, thanks singgah blog CC.
Susah benar kamu nak dtg.
CC mcm majuk nak g blog kamu.
huhuhuhu

... said...

Lelaki GenXY lelaki yang lahir tahun 90an dan 2000an. Bukan kerana mereka ke arah pondan, tetapi si perempuan ke arah sifat-sifat lelaki, perumpaan yang "robust" mungkin macam Cik Cookie...

missdiya84 said...

lelaki dan perempuan memang masing2 ade pro dan kontra nye..sebab tu tuhan jadikan ciptaan-NYa berpasang2an..supaya saling melengkapi setiap kekurangan yang ada...

Naz said...

ada benarnya juga artikel di atas tu... hidup lelaki memang ringkas dan susah nak luahkan perasaan sebenarnya. tetapi ada jugak lelaki yg sebaliknya... bnyk org, bnyk ragamnyer.. ;)

nutri said...

macam penah baca artikel ni..rasenye dlm blog jgk..
n sumtimes jokes2 yg cc post tu act dah ade sebenanye erk?
first2, i tot all those are originally creatively handmade by cc.....
but it's ok...at least de yg x bc kt tmpt lain tu, leh bc kat sini! ^_^

Shifu67 said...

akulah lelaki itu

pakcik kordi said...

lallaa...oden lyn je la...den ni lain sikit..kah kah kah!!!

Lifesaver said...

cool kan diri..hadapi reality..sure tak kompleks!