BLOG KE-2 - WEDDING

Thursday, December 3, 2009

..::10 Perkataan Lazim Dari Mulut Wanita::..


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

'OKAY LAH'
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

32 comments:

Firol said...

Hoooo.menarik2..kalau lelaki takde ke CC..

Cik Cookie said...

firol,
cik Cookie bukan laki.jadi ssh nak tau apa ada dlm otak mereka.i wish i knw.

Daud Mili said...

nak tanya, kenapa korang orang pompuan suka menyembunyi kan 'pelbagai' cerita dalam satu keluhan.??..hahaha....dalam kes ni, kalau lelaki tu perasan, maka perempuan tuh beruntung,...kalau dapat lelaki yang buat tak tau jek, ...tak kira apa maksud perkataan yg pompuan tu cakap, lelaki jenis ni takkan amik port...hahaha...~

Amal said...

betul ouh!
hahahaa

et said...

hek3..bebaru neh asek jumpe org wat entry pasal bhs wanita neh..

yup2..btol2..

Unknown said...

wahai lelaki... jom kita angguk je.... selamatttt

mamai said...

hehehehehehe....sedih dan kesianlah...cc cari la perkataan yang best sikit. macam tak standardlah kalau perempuan cakap camtu

missdiya84 said...

memang betol pon sume tu..nak2 bab ckp takde pape tu..kunun je takde pape..padahal hati ngah berasap ni huhu

myQza said...

aku nye 5 minit tetap 5 minit.. :P

x de pape.. ayat peberet bila majuk. ekekekke

okeylah.. ayat peberet gak

terima kasih banayk2 macam marah je kan.. ha ha ha

hans said...

ahahaha
gua setuju
member gua cakap 5 minit yer
gua tunggu dkt setengah jam
gua angguk tanda setuju
haha

hans said...

ahahaha
gua setuju
member gua cakap 5 minit yer
gua tunggu dkt setengah jam
gua angguk tanda setuju
haha

Nakamura Kazuki said...

na tambah lagi CC..hehehe...

nak kena cubit ke!...
ni pun selalu perempuan cakap...hehehe

[s][u][e][h][a][n][n] said...

terima kasih banyak-banyak hahhaha selalu aku taip dalam msg..

x reti sgt nak tunjuk marah bila berdepan.. hhiiiiiiii

MuMMy 2 Haqq said...

hehe..setuju sgt!

ALoNa CintamaniszLite said...

dlm 10 tu..mana yg paling tinggi statistiknya yg hang penah sebut, CC? hehe..

Cik Cookie said...

Daud Milli,
Rahsia waniterr tuh besar dan unik.
Hanya yg memahami akan faham

Cik Cookie said...

Miss Siv,
Hi5 dear..

Cik Cookie said...

et,
kita anggap bulan nih bulan Waniterrr
Hari-harilaa bulan waniter

Unknown said...

Salam cik cookies,
lelaki yg macam Daud Mili cakap tu saya la tu,haha..

mr.kordes said...

tq sb bocorkn rhsia anda!haha..dh tau!yeye!!

Cik Cookie said...

shifu67,
jgn sesekali menggeleng.
nahas anda

Cik Cookie said...

mamai,
klu nak tau itu perkataan wanita melayu suka sebut.

Cik Cookie said...

Puan Nad,
memang berasaplaa.
pastu dia wat lak diam.
pendek kata mcm tuang minyk laa

Cik Cookie said...

sitedi,
Cik Cookie 5minit mmg 5minit tapi tang majuk ayatnya "XPELAA".

Cik Cookie said...

HANS,
kalau kamu geleng tanda xsetuju kompem kamu makan selipar jepun.

Cik Cookie said...

K Nakamura,
wahhhh....yang tang nak cubit tuh mcm experience kamu je.
jelous nih.

Cik Cookie said...

suehann,
kita perempuan mmg cepat xsampaihati kan?
tapi lelaki mmg sampaihati.

Cik Cookie said...

mummy2haq,
hi5 mummy

Cik Cookie said...

Cintamaniz,
xde dalam list tuh kakak.
lalalalallaa

Cik Cookie said...

ijoks,
kamu pakat ngn Daud ekkk?

Cik Cookie said...

pakcik kordi,
rahsia nih pun utk abg kordi supaya lebih syg Cik Cookie

Anonymous said...

hampir tepat