BLOG KE-2 - WEDDING

Wednesday, December 9, 2009

..::Ini Entry Cemburu::..


Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa.


Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya engkau tidak cemburu, di mana letaknya diriku didalam hatimu. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu,takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas denganmu.

Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu yang particular dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu yang tidak bertempat. Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan seorang wanita atau jejaka setelah habis waktu bekerja, itu cemburu yang kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.

Cemburu membuat hati penuh prasangka, banyak assumption yang dibuat tidak tepat dan jika ini sering dilakukan, samada pasangan akan menjadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita dengan anda atau perhubungan anda akan sering dilanda puting beliung, dihuru harakan dengan pertengkaran. Cara untuk mengatasi masalah cemburu yangtidak berasas ialah dengan menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya.

Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang.Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda. Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan assumption yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak.


Assumption anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. Assumption kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar denganwanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. Assumption ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Stop!Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yangbertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan kamu berdua di hari muka. Keduanya balas sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Ketiga,batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk rush teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala blame biar dia tanggung seorang!

Dalam perhubungan, cemburu itu bahaya. Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan!Cik Cookie sangat cemburu dengan kasut Vincci baru Guddu!!!!!!!


8 comments:

Fiq said...

Cem? Siapa Cem? Dia nak Buru siapa???=p

en_me said...

jelesnyerrr.. ehehe

myQza said...

aku x lah cemburu sangat!! ekekekeke

Unknown said...

sexy! hoho

[s][u][e][h][a][n][n] said...

aku mmg kuat cemburu tapi aku xnak mengaku... :p

tapi bila cc buat n3 ni...baru aku sedar... Tq cc

Anonymous said...

semua manusia dilahirkan mempunyai sifat cemburu

nabilah_2908 said...

stuju dgn lifesaver...
semua manusia pasti ada sift cemburu...terpulng pd diri sendiri utk kawal.. :)

afayufu said...

jelesy... sikit jeles..