BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, November 7, 2009

..::BUAT LANGITKU::..

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu� ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sek
ian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Cik Cookie masih lagi mencari "langit" Cik Cookie.
Makin dicari makin jauh.
Betul ckp orang tua, jangan cuba menggapai langit yang tinggi
makin dicapai makin menjauh.
Tatapi dada si langit, biar dia terus ada dihati.

10 comments:

Cik Siti Hajar said...

mmg mencari itu ssh kan..
sbb kena cari yg btl3 kita punya..

Rachel said...

Och .... so sweet,
Cerita yang menyentuh dn menyejukkan. Jujur saya sangat menyukai story ini.
Saya datang dn berkunjung Sobat.

Salam

Cik Cookie said...

Butterfly,
xmo dah cr and kejar.
letih sgt.

Cik Cookie said...

Mbak Rachel,
Ini cerita yg Cik Cookie temui di kantor kala mengemas.
Terima kasih singgah blog Cik Cookie.
Rindu bangat sama kamu.

ILA HonEyBuNNy said...

nice entry.....i like it...

mamai said...

dah bila awan itu bersedih kerana cintanya di tolak maka menangislah awan sehingga menyebabkan bumi banjir...inilah bahana cintakan

triple x malaya said...

mencari cinta lebih baik dari mencuri cinta..jike jodoh diredhai berbagai ranjau tidak akan dapat mehalang cinta yang sejati..

cheryna zamrinor said...

jiwangnye...ada apa2 ke CC?

aRien de GreaT said...

huish...ni klu cik cookie dh de 'langit' msti sonok lanigt cik cookie..asyik dpt poems romantic2 jer..hehehe

Anonymous said...

try cucuk langit..leh tak?hehe