BLOG KE-2 - WEDDING

Sunday, November 1, 2009

..::TEMAN::..


Teman.....
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.
Teman,
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Teman,
Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi
gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.
Teman,
Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda
taufan api kemarahanmu.
Teman,
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan, kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik
matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.

---->Buat kawan baik Cik Cookie andai dia singgah


12 comments:

violetless said...

sapa kak??kak jemari sepi ke?

aRien de GreaT said...

cik cookie..heheh..ape nama penyanyilgu blog ni ek...arin suka la..ala2 cm lama2 gitu..tpi sweetttt...

leadleedeea said...

I'm ur best fren..kan? haha~! tetibe~!

kidding~! hehe~!

en_me said...

kita kawan kannns.. ehehe

abu muaz said...

kenapa teman cikcookie semuanya perempuan ? Nak berteman kee nak berkawan ni CC!

Nakamura Kazuki said...

friendship 4eberrrrrrrrrr...hahaha

sharamli said...

teman tu sy la 0rangnya..kn3...

Cik_daya said...

salam akak

cik selamah kundang said...

huhu.teman hanya valid ngn pompuan je kan?kan?kan?kalo ngn laki slalunya jd lain dah

Solehah said...

kta jadi teman tp mesra ya?hahaha..

~amy liana8886~ said...

tman sejati boleh..huhu..

miji said...

lagu baru ke ni sis?? hehehe