Mat...Mat... . Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja
rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di
rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya
dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku
bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus
ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan
suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan
air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan
dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam
peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan
balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya
jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas
pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar
kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa
kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu
uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan
suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi
jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.. Tolonglah
kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku. selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat
terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali
menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu
kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk.... !!! ~~~~~ "Bang, bang...
Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
"Laaaaa.... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami...... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan
baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok,
terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

43 comments:
hahaha..baru tau keje org pompuan kat umah camne..belum lagi kene banak tuh..kalo kene banak..tobat dahh tamo "bersama ngan suami" takut kene banak lagi...lepas tu.huhuhu
betapa kuatnye seorang perempuan yang azalinya insan yang lemah..
Puan Nad,
ramai yg pikir kita goyang kaki kat umh kan?
i lup my future wife very muchi..muchi..hahahaha..citer menarik ni CC
ha!!!tau pon..ingt keje ppuan ni senang sgt kew...*baru paham nape mak slalu bebel2*
walaupun aku belum kawin,...hahaha...tapi aku sangat tertarik dengan post ni...terima kasih kepada cik cookie oi...~
two thimbs up 4 cik cookies..hehee..nice story..
sape jd isteriku,pastiku akan membahagiakannya..ehhehehehe
pernah dpt nieh dalam email:)
sebab itu dalam dunia bukan hanya ada lelaki atau hanya ada perempuan kan..
mat dah buang tabiat tu... bahaya tu... nab kena tanya kat mana dia letak sijil insuran... hehehe
kalau boys/men kat luar sane yg bace entry ni tp x sedar lagi x tau nak cakap ape la,,ehe,,
he he he, memang tanggungjawap suami atau isteri tidak mudah macam kita sangka
tau takut nk beranak!!kah kah kah!!!!!
hambik awakss!!!!gaa!!!
K Nakamura,
i lap my future hubby 90%..
Wanie_san,
Bebelan mak adalah suara yg akan kita rindu..
DauD Milli,
Sama-sama.
KJDK,
thanks my dear..
nur'adli,
bg yag terbaik k.
sha,
semua saling memerlukan..
shifu67,
KWSP skali.
Kena check anam Nab ada xdlm tuh.
Ana Syukriah,
Kalau xsedar kita pakat2 simbah air..
sharinginfoz,
ianya akan jd mudah bila kita rs itu juga adalah tanggungjawab kita.
Pakcik Kordi,
hahahaha..syukurlaa kaum Adam tak kena banak.
mmg bagus!!!baru diaorang tau camne isteri bekerja..sbnrnya kerja2 itu semua, suami yang kena buat. tapi suami subkan pada kita...
haha.
9 bulan ganti jadi istri. kena beranak pulak tu.
memang nangis ar si mat kalau betul2 tetukar.haha
matx3...harap si budak aboi tak jdi mcm mat !
fuhhh penat kita gelak guling2...kah kah kah..
pengajaran2.. :p
biarpun isteri kena byk kuat kerja tp tanggungjawab lebih byk terpikul di bahu suami. nak cari duit n nafkah. isteri cuma duduk umah n siapkan apa yg patut. susah2 ambik je bibik kerja. heheheheheh
aku dah dpt email citer ni sis, sngt bagus dibaca...
naper ler citer ni tak dilanjutkan sampai mat tu rasa sakit nak beranak pulakkkk
pepepun...akak berbangga menjadi seorang surirumah...hehe
...heh... heh... heh... ahhaks, ahharks... ahaarks..!! @*#^*&?**
aduhai cik cookie.. bagi lelaki baca cerita ni mmg patut.. biar derang tahu kan?
ad jgk suami yg bekira mcm ni erk...
baru kaw tao ye mat!
tampo kang~
ahaha~
bini lagi penat weehhh~
tabik untuk n3 ini cc.Memang sangat sukar jadi isteri.
hahahha
baru dia rasa macam mana jadi pompuan
haha
comel!comel!hoho
Betol tu
hehehe...
baru tau..
keje perempuan lagi banyak dr lelaki...
lelaki kena hargai perempuan
lagi2x ISTERI kan
kiamat kecil tuh..hahaha
cuakkkkkkkkk...!!!!!!!!!!
hye salam..tatang la isteri cam myak yg penuh...hehe
Hi.
Tulah isteri..
Keja nampak senang tapi bila dihitung satu persatu memang sangat sarat..
pengajaran kepada lelaki yang selalu fikir mcm Mat fikir..
haha nasib baik mimpi
baru dia tauuu!
jgn pandang rendah kat pempuan eh wahai kaum adam
Post a Comment