BLOG KE-2 - WEDDING

Saturday, November 14, 2009

..::Sebungkus Nasi Lemak::..

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandubas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akanbertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalausampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemanduuntuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanyapada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah rombongan bas itumenuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.


"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya bolehmakan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan"


p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe

19 comments:

Cik Bayu said...

hahahahahahaha...
bangang betul si anak ni!
kalau sy, humban je dlm gaung!

Cik Cookie said...

enuLwanie,
5yrs old kid.hehhehehehehe

zaiMi said...

btnye dh smpai ipoh lum bagai nk rak.. rupe2nye sebab nk mlantak nasik lemak.. haha

Cik Bayu said...

serius!
ala, tak jadi humban la.
i belai2 dia.
hehehehehe

Wanie-san said...

kalu sy la driver 2..sy suh die makan kat tepi jalan..pandai2 ler die balik ke kangar sendiri!cis bedebah!

Lia3003 said...

hm, bagus driver tu and bagus juga budak itu.. cerita dr mastika kan..i suka cite ni

Cik Cookie said...

zaiMi,
nasi lemak antarabangsa.

Cik Cookie said...

enuLwanie,
hahahaahhaha

Cik Cookie said...

Wanie-san,
xbaik kejam ngn budak2.

Cik Cookie said...

Liyana,
enjoy kan?

myQza said...

ha ha ha..

kalau aku.. budak tu.. dengan nasi2 lemaknya sekali aku lemparkan keluar dari bas!!

mueheheheheeh

ketawa keji!!

:P

Nakamura Kazuki said...

cik cookie..kita kasi nasi lemak 5 kali kat muka anak tu....hahaha...memang tak bleh blah ..hahahah

mamai said...

kalau pakcik sure pakcik antor di balik kat mak dia

imHepPie said...

lempang laju2 budak tuh 44 kali

imam said...

driver ngan penumpang dalam bas tu yang bengong..dah nama pon bas Kl-kangar..buat ape pi berenti ipoh..
hahahaha..tapi budak tu mmg nak kene lempang pon..hahaha

mr.kordes said...

kah kah kah!!!apa punya cerita da!!wargggh!!!!!keras perut aii tau baca cite ni!!apsal kebelakangan ni bloggers ramai yg buat lawaks ha..sampaikan pakcik kordi tak sedar yang pakcik kordi tercirit cirit buih tanpa disedari...huhu....tensen aii tau!!!mencik mencik tasuke tasuke!!!!

cheryna zamrinor said...

kesian driver. tp nak marah budak2 pun susah.

patutnya dia tanya dulu,

"adik nak turun kat ipoh ye?"

wanie said...

ahahhahahahahaha.......mmg bengang la pemandu bas dan rombongan dlm bas..., sbb sebagai manusia biasa pasti kita berfikir yng anak kecik 2 nk turun kat Ipoh...

Anonymous said...

nak nasi lemak!