Teman.....
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.Teman,
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.
Teman,
Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.
Teman,
Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu.
Teman,
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan, kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.
---->Buat kawan baik Cik Cookie andai dia singgah
12 comments:
sapa kak??kak jemari sepi ke?
cik cookie..heheh..ape nama penyanyilgu blog ni ek...arin suka la..ala2 cm lama2 gitu..tpi sweetttt...
I'm ur best fren..kan? haha~! tetibe~!
kidding~! hehe~!
kita kawan kannns.. ehehe
kenapa teman cikcookie semuanya perempuan ? Nak berteman kee nak berkawan ni CC!
friendship 4eberrrrrrrrrr...hahaha
teman tu sy la 0rangnya..kn3...
salam akak
huhu.teman hanya valid ngn pompuan je kan?kan?kan?kalo ngn laki slalunya jd lain dah
kta jadi teman tp mesra ya?hahaha..
tman sejati boleh..huhu..
lagu baru ke ni sis?? hehehe
Post a Comment