Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya".
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

21 comments:
cik cumey like this...really meaningful darling!
alaa kt maktab nih xley nak paku la plak...smua konkrit je..
imHepPie ni memang da xbt0l gamaknya..
beli la paku simen..kan CC kn?
ha3...
bt0l3...sahabat adalah segala2nya...
kwan sampai mati..
dearie cik cookie...
Betul.
Jiwa yang terluka sukar utk mengubatinya..
walau telah ku rawat..
walau telah ku basuh ..
walau telah ku balut ..
namun tetap meninggalkan parut.
Amat pedih .
Makanya .. Penting utk menjaga tingkahlaku dan pertuturan kita. Agar tiada sesiapa pun yg merasai kelukaan itu kannns...
muahhh !!!
mmm..terlajak perahu bley d undur..terlajak perbuatan, percakapan..kem salam la nk gostan smule..huuu~
biar la org nk cari gaduh ngn kite jnji kte x cari gaduh ngn org..
wahh... trsentap baca.
"sahabat adalah permata yang sukar dicari"..I agree~!!
mungkin sebab tu lead x ramai kawan..huhu~!
pena bace!
betul2..
semua ni akan bagi kesan..
=)
lagi bahaya jika di biar paku itu berkarat di dasar hati
jangan memaku hati seseorg.. memanah hati xper..
bahaya terkena paku ni.lebih lagi paku yang berkarat.Sangat bahaya pada orang yang mengidap penyakit kencing manis.
cik cookie..
sekali terluka selamanya terasa..
tetapi apepun..kemaafan dendam yang terindah tau...
betul..mungkin kita boleh maafkan tapi kesan2 luka di hati perlukan masa untuk di pulihkan...
yeee....inilah yang cuba sha sampaikan. ada gak yang tak paham2. kadang2 ada org tak marah pon dia suka paku2. dah paku, bangga pulak tuh...hohoho...
dibaca...
Cookie,
Marah itu api - ia akan membakar
Marah itu emosi - ia tidak ada fikiran
Marah itu rasukan syaitan - sudah tentu menyesatkan.
Orang yang hebat bukan orang yang mampu mengawal marahnya, tapi orang yang mampu mengawal dan mengatur hidupnya, perasaan, fikiran dan emosinya, supaya sentiasa jauh dari "kemarahan".
Baik kemarahan dalam diri, atau kemarahan orang lain.
Posting u bagus. Elok kalau ramai yang membaca. Sebab kita manusia moden hari ini rasa puas bila dapat lepaskan marah, dan rasa bangga kalau selepas itu kita rasa gagah dan orang lain semua dilihat lemah, tanpa sedar bahawa kita sebenarnya semakin kehilangan.
btl2...bgus btl ape yg ayah die suruh buat..klu ayah wani suh buat macm 2 sure wani ketuk paku 2 kat kete ayah..hahaha
mendalam betul maksudnye.
patut hari tu aku nak gantung frame takde paku.
entri yang memberi peringatan :)
so, mari kawal marah ramai2..
sgt2 stuju! luka d ati splah yg tau
melukai seseorang mungkin lbh kurang sama dgn mmbunuh nyaaa..
errmm...
Post a Comment